Thursday, June 16, 2016

Kerinduan di bulan mulia.

Assalamualaikum..dah lama tak jenguk belog ni.tah ape khabarnye.kalau kat dunia nyata ni,mau kena serangan astham dengan habuk yang menebal 10inci.hikhik..rindunye nak berblogging macam dulu.merepek meraban meroyan kat sini takde sape nak amik tau.dah banyak perubahan dalam diri ni sejak-sejak dah bergelar guru.alhamdulillah.semoga terus success,cikgu izzati! ;)

Tiba-tiba hari ni rasa nak berblogging.sebab i really miss my hero.arwah ayah.betul lah,dalam banyak-banyak perasaan rindu,rindu pada orang yang telah meninggal dunia adalah rindu yang paling sakit nak tanggung.semoga ayah tenang di sana.

Di bulan mulia ni,saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua muslim yang tersinggah di blog ni.semoga semua amalan dan ibadah kita diterima oleh Allah swt.

Okay lah,tak boleh tulis banyak sangat.nanti teremosi.hikss.take care guys!puasa jangan tak puasa!^_^

Monday, June 15, 2015

My Big Day 2015 #Part 1

Assalamualaikum..alhamdulillah syukur akhirnya dah selesai dan berjaya menutup lembaran pengajian 5 tahun setengah sepanjang di IPDA..terlalu banyak kenangan suka dan duka nak dikongsi dengan semua tapi rasanya tak habis berblogging 3 hari 3 malam..huhu..

So sebagai preparation di hari tua, hari ni gua nak haplod siap-siap sekeping dua gambar gua konvo hari tu. Cukup lah buat tatapan anak cucu cicit gua nanti.Biar dorang sedar sikit genetik cute dorang tu turun dari gua.hakhak.

Bismillahirrahmanirrahim..


Masa nie baru je keluar dewan, tak jumpa puan ibu lagi..

Lepas puan ibu keluar dewan, terus peluk dan tak dapat tahan emosi.huhu..

Nasib tak banjir luar dewan tu. Perasaan tu susah nak cakap.Happy sangat sebab dah dapat bagi ibu sebuah hadiah segulung ijazah. And yang buat lagi berduyun air mata keluar bila teringat lagi seminggu aku akan fly ke Sarawak tu takpe lagi, yang beriye sedih sebab bulan puasa!Alahaiii hiba betul.



Lepas mood dah ok, apa lagi..sakan la bergambar..walaupun mata tu..nampak sangat kesan nangesssss.haha


Well well well. tu je la  gambar nak share buat masa nie.

Sebenarnya gua nak haplod pic gua pre konvo dulu supaya anak cucu cicit gua nanti dapat gambaran prosedur nak berkonvo, tapi belum dapat semua gambar. So niat murni gua yang tu, gua tangguhkan dulu. nanti gua hapdet My Big Day Part 2 okay? :D

Sunday, June 14, 2015

Alhamdulillah..penantian berakhir :)

Assalamualaikum chuollsssssssssssssssssssssss..

i hv something to share.hewhewhew




Syukur syukur alhamdulillah.. walaupun Sarawak, tetap bersyukur kerana ada kawan-kawan lain yang dah menunggu kat sana..sekarang ni hanya berdoa supaya dapat sekolah yang thorbaekkkkk!amin ya rabbal a'lamin... :)

Tuesday, April 21, 2015

Rezeki













Assalamualaikum wbt..lately ni banyak sangat benda jadi pastu dan dan tu rasa nak update blog tapi biase lah, tengah kat luar lah, internet problem lah, laptop takde battery lah, macam macam lah.Tapi hari ni dapat jugak bukak laptop walaupun banyak kerja rumah tak buat lagi.hihi

Well, pagi ni tengok Malaysia Hari Ini semata-mata nak tengok slot kedua akhir.Perbualan Khas bersama Penerima Anugerah Menteri Pendidikan 2014 which is someone yang aku kenal,rakan sedorm dan sesekolah masa tingkatan dulu. time time camni la baru nak ngaku kawan ye dokk?kah!ermm, takdelah..tapi memang betul kan?bila kita kenal dengan seseorang tu,keluar pulak kat tv, apalagi. semangat villagepeople tu terus membuak-buak nak tengok tv. padahal kalau selalu tu, jam 7 pagi, kau sambung berseronok berselubung selimut sampai ke kepala (lepas solat Subuh la).

Okay lah. So, lepas tengok slot temubual tu, terus terdetik dalam hati

"Tak sangka sekarang dia dah berjaya macam ni. padahal dulu bla bla bla.."

Biaselah, manusia kan. Terus rasa menyesal sebab tak belajar betul-betul masa study dulu, menyesal tak ambil peluang yang ada kat ipg dulu. Tapi bila fikir-fikir balik, aku tak letakkan 100% salah tu atas bahu aku, Ya mungkin dalam 90% memang salah aku sebab tak belajar betul-betul untuk dapat cgpa 3.8 ke atas. tapi secara peribadi,tetap aku salahkan beberapa pihak masa aku study dlu. Dan aku sangat yakin, peluang pelajar ipg untuk bergiat aktif dalam aktiviti luar sama sekali tak semudah pelajar universiti. Sebabnya, dana dan peruntukan yang disediakan. Hanya pelajar yang betul-betul perform akan ditaja, tu pun entah. Aku ingat lagi, masa sem 6 kalau tak silap. Lecturer tanya tentang cgpa setiap pelajar. Then dia boleh cakap "okay, tulis nama bagi sesiapa yang cgpa 3.8 ke atas sebab kami ada satu program untuk kamu. kami akan jaga kamu betul-betul dan pastikan kamu dapat maintain cgpa sehingga kamu grad"...sebagai pelajar yang cgpa kurang dari 3.80, korang rasa ape perasaan aku dan kawan lain yang tak tersenarai tu?Jatuh terduduk weh, rasa macam sampah.betapa kami tak dihargai dan takde langsung kata semangat. kot la nak cakap "yang bawah 3.80, kamu jangan risau.kamu cuba naikkan cgpa kamu, kami akan serap kamu masuk ke program ni" TAPI..tak pun. langsung!

Tapi takpelah, kalau nak marah sekarang pun, bukan nak jadi ape pun.aku pun dh habis belajar. dan lepas aku tengok cara kawan aku bercakap dalam tv tadi, terus rasa kagum dengan dia. and aku sentiasa ingat kata-kata "No matter how hard the past, you can always begin again". Maybe aku dah terlambat untuk jadi Pelajar Terbaik but aku masih boleh jadi The Best Teacher in the future whattt =D

So, sekarang aku rasa aku dah dapat semangat baru, Ok, start planning.bye!

Friday, March 06, 2015

Woot woot!!

SO guys!there's something i really wanna share with you!guess what?hihi..

take a deeeep breath my dear and lets count togathaaahh!hahahah.

1........,2.............,3!

Weeee  ^^,



ok babes,dats all.love you :D

Sunday, February 01, 2015

Cikgu Taska sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat :D

Assalamualaikum..

dah lama tak berblogging.

kalau nak tahu,sekarang ni i olls dah start mempunyai kerjaya.hewhewhew..

i am a teacher. but wait!

no no no..bukan cikgu sekolah rendah tu..bukannn..

yang tu belum dapat offer lagi.

i olls jadi cikgu taska.hihihi.

alhamdulillah dh hampir sebulan menimba pengalaman.

cuci muntah baby, basuh berak kencing budak, mandikan budak, mengasuh, segala macam la.

mula mula rasa susah but now alhamdulillah getting used to it. i enjoy my work so much!

nak tengok anak-anak i olls?okay boleh tapi janji jangan berani cakap diorang tak comel!kalau i olls dapat tau, siap la!hikhik ^^