Sunday, May 23, 2010

saya akan sentiasa kenang awak !

kepaca pembaca,
pernah tak anda semua merasakan pemergian sesuatu yang paling awak sayang ?
awak menangis tak ?
 hm,, saya tidak menangis tetapi saya sangat sedih.
tahu kenapa?

dia selalu ada apabila saya hendak ke bilik teman- teman saya.
dia selalu menemani saya ketika saya hendak membeli makanan.
dia selalu bersama saya ketika saya sakit perut.
dia selalu bersama saya ketika saya sedang busuk juga ketika wangi.
dia selalu menemani saya ke pasaraya YAWATA untuk membeli baju-baju SALE.
dia selalu ada di hadapan bilik untuk mengawasi saya.
sebelum ke kuliah, saya jumpa dia.
selepas pulang kuliah saya jumpa dia lagi.
dan yang paling penting, sudah hampir 2 sem (1 tahun) saya bersama dia.
banyak betul jasa dia kepada saya.

malangnya, semalam dia telah pergi meninggalkan saya.
dia tidak dapat lagi berkhidmat untuk saya.

OH, SELIPAR JAMBANKU !

walaupun kau dah putus dan tidak lagi boleh berjasa untukku, aku akan mengenangmu sampai bila2..
GRACIAS! :)

love ,
GJD wannabe~

No comments: