Friday, November 19, 2010

i am a lucky person!

yummy yummy :)

err, actually entry kali ni nak cerita pasal makanan.macam tak kena je kann dengan tajuk? sabar. sabar.
nanti kamu akan tahu kenapa saya letak tajuk macam tu :)
okayy nak dijadikan cerita, selepas lama saya tak balik cuti, baru hari ni saya dapat makan lagi masakan ibu. kalau dah namanya punn 'ibu', masak ikan masin punn anak anak akan suka!nak tahu sebab apa? sebab diorang masak ngan kasih sayang..*laen macam je aku puji nie?HAHA.
nak tahu apa saya makan hari ni? (kalau soalan ini ditanya kepada peminat bernama syu, pasti dia akan jawab 'makanan..' dengan selamba!sakit hati aku.HAHA.)
opkos laa nasi.makanan ruji malaysia kott :)
dan yang paling best ialah jering masak lemak cili api!memang sedap :)
jering ni adik beradik ngan petai sikit. kalau kat indon, diorang panggil 'jengkol'..
mula mula dulu memang tak makan, tapi bila dah pernah try, memang best!
 
maaf empunya gambar. saya curi dari blog awak :]

senang cerita memang ulam ulaman yang saya pernah makan semuanya sedap. lagipunn, banyak khasiat untuk kesihatan. kalau macam jering ni elok sebab mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. plus, elok untuk orang yang ada sakit kencing manis. 
bukan apa, actually saya ni dah terbiasa dibesarkan dengan cara minang. belah ibu. so, setakat ulam ulam macam ni memang takde hal laa. tapi ikut tempat gak. mana taknye, kalau macam jenis biasa takpe, tapi kalau jenis macam ni, sekadar kat umah je kott. effect jangka masa panjang!haha. lagipun kalau dah namanya 'melayu'.. tak perlu nak bajet oversea sangat laa taknak makan benda benda macam ni. konon busuk lah ape lah..heyy, kat hotel pun everyday ada serve kott! :)
so, kepada anda anda yang tak pernah makan, sila try. memang tak rugi ! :p

No comments: