Wednesday, June 08, 2011

Bulan Rejab Bulan Allah :)

Assalamualaikum
salam Rejab untuk semua
walaupun dah nak dekat seminggu bulan Rejab bermula,
aku nak jugak blog pasal bulan nih.

dulu dulu waktu kat ostel, warden slalu bagi tazkirah lepas solat maghrib.
selalunya memang aku malas gila nak dengar.
ngantok memanjang!
tapi first time aku betul betul tertarik dengar tazkirah tu masa tazkirah tajuk pasal
BULAN REJAB BULAN ALLAH diberikan :D

sebelum sebelum tuh aku ingat bulan Ramadhan jeww yang dapat keberkatan
tapi aku silap.
bulan Rejab pun bestt taw!
tak caya, baca nih.
khidmat pakcik google diperlukan yee sebab aku tahu aku tak berapa arif :)

Fadhilat Berpuasa di Bulan Rejab

* Puasa sehari : seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga dan mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari : dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari : dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari : diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari kiamat.

* Puasa lima hari : aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari : keluar kubur dengan muka bercahaya.

* Puasa tujuh hari : ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari : dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari : keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari : Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Siratulmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari : akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari : dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari : diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur)

see?20 hari pun,ganjarannya punya lahh hebat! apatah lagi kalau 30 hari kan?
renung renungkan dan selamat beramal ! XD

No comments: