Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan anak dagang ..

assalamualaikum..

ehem ehem!
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat ku lalui dengan sempurna.....

okay cukup cukup cukup :D

sejak sejak duduk Aussie ni, homesick terhadap family semakin memuncak!
tambahan pula tak dapat menyambut Ramadhan bersama..alahaiiiii..tapi takpe,
"bersusah susah dahulu,bersenang kemudian"
:)






di kesempatan berblogging ini,
saya ingin mengucapkan berjuta kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini..
khususnya ahli keluarga,
sahabat sahabat seperjuangan,
sahabat laman sesawang,
kenalan rapat mahupun kurang rapat..

maafkan jika terdapat salah dan silap yang pernah dilakukan..
semoga Ramadhan pada tahun ini membawa seribu satu dua tiga keberkatan dan kebaikan kepada kita semua!
aminnnn :D

notakaki: puasa jangan tinggal yewww!wu~ tak sabo nk gi siap solat tarawikh malam nih!ouhh lagi satu!!ngehh ngehh ngehh.saya belajar kat jitra je,bukan Aussie pn.maaf! 0-0 yeww! :PP

Sunday, July 24, 2011

kisah dongeng sangat.......


assalamualaikum

aku ada seorang kawan. dia ni tak pernah bercinta. bagi dia kalau kapel kapel ni bukan bererti cinta. boleh pulak camtu kan? tapi aku macam setuju jew dengan dia.HAHA.

nak dijadikan cerita, satu hari dia kapel dengan seorang lelaki. kawan aku ni punya la dah simpan hasrat hati yang dia taknak kapel laen dah. biar jela kapel dia yang tu jadi special sikit. jadi orang last dalam senarai kapelss dia. tut tup tak berapa lama aku dapat tahu dia dah break up pulak.

tak lama lepas tu aku dapat tahu dia ada minat seorang jejaka ni. aku tengok biasa je. yang dia ni pulak dok kata jejaka tu baek la, nampak ganteng lahh, macam macam. aku diam jela. at the same time, aku suka je sebab at least dia dah boleh lupa kekasih lama dia tu. tak payah aku nak bagi kaunseling. dah la aku pun tak mahir bab cintan cintun nih :)

ni tadi dia call aku. dia cakap ex kepada ex dia pulak dah break up. then aku tak amik port pun. so?

okay rupanya aku ni hati kering. aku tak paham yang sebenarnya kawan aku sedang sedih sebab dia sebenarnya masih berharap dengan lelaki tu. hadoiiii. aku pun dah pening nak buat camne. sorry kawan sebab tak paham awak :P

so, lepas dia dah cakap macam macam,aku pulak melalut nasihat macam macam.

yang peliknya sekarang, gugurl tu pun satu. perlu ke nak mengadu dekat ex kalau dah putus dengan boyfie baru? macam tah pape. kesian kat kawan aku!haihhh.

notakaki : terasa macam doktor LOVE pulak!haha. okay kesimpulannya memang aku rasa benda cintan cintun ni macam fairytale jew. KISAH DONGENG sangat :D

Saturday, July 23, 2011

chemistry

assalamualaikum

okay semua. diumumkan bahawa nama kos saya telah ditukarkan daripada

PL(BM)/ MT/ BI

kepada

PEND. PEMULIHAN PEND. RENDAH 1

dan akan sentiasa bermesra dengan 

PEND. PEMULIHAN PEND. RENDAH 2

seperti ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








okay dah. harap maklum :D

Wednesday, July 20, 2011

i miss everybody, i do.

assalamualaikum. tolong la jangan baca kalau taknak buang masa. serius !

well, biasa la bila dah duduk jauh di perantauan. kadang kadang bila ada masalah sikit mesti nak ingat kat family tacing lebih lebih. adat jadi student .

i miss my mum.my late dad. my brothers and sisters.home. my room. my everything! haihhh.

ouhh btw, cuti raya nanti seminggu je?26 Ogos- 3 Sept? hadoi !mana nak puas dok umah lama tuh? cheese btol ! cuti awal ramadhan pulak tak tahu la berapa lama. mana best macam nih. dah la tambang bas mahal. kalau cuti sekejap, maka memang tak berbaloi.kalau la aku anak orang kaya. aminnn mudah mudahan :)

notakaki : fitrah manusia. yang dihalang tu la lagi nak buat. kan dh bazir masa sendiri. ok sorry :P

Sunday, July 17, 2011

my 48 hours in Langkawi :D

assalamualaikum

hai semua?long time no see huh? :)
ya lorrr.busy ma~
hihi :D
 
okay macam yang i dah bgtahu dekat previous entry kan.
i spent my weekend in Langkawi.
hoorayy hooray !
ok stop it sebab bukan nak seronok.
actually kitorang kne cari sponsor laa.
untuk program Bina Insan Guru sem ni
sem 2 PISMP yang bertemakan khidmat masyarakat
di Rumah Anak Yatim Yayasan Saad,Perlis.

so, i pun ikot la cik syida kiteww balek to get the sponsor.
masyukkkkkk wa cakap lu!
jalan sana jalan sini, pergi buat muka tebal sikit
finally we managed to get RM225!
alhamdulillah :)
okay la dari tak dapat langsung kan? hehe :P

lepas puas hati dapat hasil, petang tu cik syida ajak gi umah makcik wa dia pulak.
untuk???
yeayyyy!!kait buah rambutan!!!
i punya la excited sampai sanggup patah balek ke rumah semata- mata nak amik camera .

yeahh tarik cek kak,tarikkk :)

asingkan buah dari daun
hasil terkumpul :D


okay untuk pengetahuan anda anda,proses mengait ni nampak je senang.
padahal...payah kot!dengan nak kawal galah tu lagi,berat kot!

lepas dah buat syok sorang sorang, makcik wa cik syida ni suggest pulak g panjat pokok rambutan.
i pun apa lagi? tuan rumah dah bagi kebenaran.
mana nak lepaskan peluang!HAHAHA

so hasilnya? dua beg guni kami angkut naek feri balek ipda semalam!
sampai sakit sakit laa jugak lengan i tergeliat sikit!huhu.
*ohh bukan guni ye, BEG GUNI. yang besar punyaaaaa!yang ade gambar comel comel tuh?huhu..anyway,thanks a loadsssss buat cik nani kitewww sebab tolong angkat beg guni jugak!hihi..

masa masa laen i pulak memang i tak boring ahh even i sorang jeww yang ikot cik syida balek kali ni.huhu :D
thanks to syida's family sebab sudi layan saya :)



okay i love Langkawi! :D

notakaki : serius aku jadi batak sekejap pasal rambutan. siap boleh petik then terus makan lagi petang petang. syokkkkk!manggis pun ada taw!tapi suka rambutan jugak!okay haruslah aku batak,rumah aku ada pokok mangga jewww..huhu :D

Thursday, July 14, 2011

gedik



assalamualaikum

tajuk kita pada hari ini berkenaan dengan perkataan GEDIK.
apa dia murid murid ....?
geeediiiiiiikkkkkkkk~

pandai.tepuk tangan ramai ramai!! :D

semalam dok komen komen d FB dengan membe pasal gedik.
tiba tiba dia bagi statement


"siapa kata lelaki tak suka perempuan gedik? lelaki just tak suka kalau kegedikkan tu ditonjolkan"


jap jap! kau ni paham ke dak maksud perkataan gedik nih?
jadi pelik pulak aku bila baca ayat kau nih.
kiranya perempuan baek yang sopan pun kau label gedik ah?
cuma bagi kau tu gedik yang tak ditonjolkan?macam tuh?

ohh maybe kau musykil dengan maksud perkataan ni kan?
ok kawan.let me explain it to you :)

gedik tu maksudnya bila seseorang tu bercakap dengan gaya yang terliuk lentok macam tulang patah.suara yang ala ala manja padahal kalau dengan kaum sejenis,nauzubillahhhh! tobat nak cakap lembut macam gitu. lagi..yang suka mencari perhatian orang lain dengan kelembutan dia. yang paling pentingggg, selalu bajet macam ada orang nak usha dia jeww so secara tak langsung, bila keluar jeww dari pagar kaum hawa, dia pun start la lakonan macam artis terkenal seluruh dunia!

okay paham? kalau tak paham takpe. boleh text saya. kita sembang laen! :)

sekian definisi gedik dari saya.

notakaki : tahu watak yvonne dalam cerita Nora Elena? haaa tu la GEDIK :P

ok bai ! XD

Wednesday, July 13, 2011

friends forevahhhh !!!

.assalamualaikum.

gambar blur 1

gambar blur 2


hari ni 13 julai 2011 bersamaan hari rabu maka genaplah 2 tahun batch aku duduk bertapa bagi meresap jiwa guru dalam diri di IPDA terchentaaa ini :)

aku? sorry tak tersenarai.
hm, saya budak second intake dulu,so 10 ogos nanti baru genap dua tahun saya di sini :'(
ohh tapi takpe tak kesah pun lahhh :)

congrats guys! tahniah sebab dapat naek degree dengan jayanya. semoga maintain and kita semua dapat grad sama sama 2014 nanti !

lepas tu boleh laa buat record siapa dapat anak dulu !hah start over dah!huhu :D

semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila bila !love kamu semuassss! >.<

notakaki : ohh sorry lagi sebab gambar blur. amik dari fb kawan tadi :)
nanti dah dapat yang formal punya, saya upload laen yewww!heee..eh esok saya ke Langkawi tawww. alahai tapi bukan untuk bercuti pun. hmm :|

Tuesday, July 12, 2011

PERFECT


assalamualaikum

semalam nampak cik melah dok post lirik lagu.
hari ni gua pulak nak post lirik lagu!
mau taw aaa..
okay here we go!

'Cuz we lost it all 
Nothing lasts forever
I'm sorry 
I can't be perfect
Now it's just too late and 
We can't go back
I'm sorry 
I can't be perfect..

gua suka dengar lagu ni part yang ni. 
gua suka gua suka!
tapi gua dengar banyak kali gua nak nanges.
gila gua ni hati 'cute' rupanya!HAHAHA
baru gua perasan :)

gua pelik la napa gua jadi macam ni sekarang.
maybe sebab gua join program diet ngan geng gua kot.
effect tak cukup karbohidrat dalam badan!HAHAHA :P
dah diam!lu tak payah nak gelak banyak banyak.
gua taw la gua gemok.

gua tak perfect macam lu orang.
takpe lu gelak ah kasi puas.

tapi lu sedar diri la sikit.

i'm nobody.
nobody is perfect.
so sebenanrnya gua la perfect!
dah dah gua penat main dengan perkataan perfect.

chowchinchow ~!

Saturday, July 09, 2011

tips nak dapat buah moktan free :D

assalamualaikum !

PERHATIAN KEPADA IPDARIAN

well macam yang kita taw,sekarang ni kan tengah musim buah degheyan durian and moktan rambutan and todayyy i'm gonna share with you guys macam mana nak makan secara free. nak taw? jom baca !hahaha 
*evil laugh*

okayy sepertimana yang kita taw kan, depan asrama ni kan ada kawasan perumahan. haaa kalau rasa teringin nak makan buah free boleh la gi jalan petang petang kat situ. bila lalu je depan rumah yang agak agak buah moktan tengah merah tu, buat buat la cakap

"huisshhh merahnye buah moktan dia...sedapnya..dah lama tak makan moktan..."

tips ni lagi berkesan kalau ada orang kat luar rumah tuh..kalau agak dia tak dengar, boleh cuba cakap ayat ni sekali lagi dengan lebih kuat. heee :D

tips kedua. pastikan anda membawa rm5 sebagai back-up :)
kalau nampak ada makcik or pakcik dok sapu sampah depan rumah, dengan muka tak malu boleh pergi kat dia dan cakap

'assalamualaikum mcik, kalau kami nak beli buah moktan ni boleh dak?'

haha untuk pengetahuan semua, orang jitra ni baik baik. 98%  akan bagi respon camni..

"ampa nak ka? bulehh aih..amek ja..banyok tu..mcik tak laghat nak makan dah haihh..toksah dok bayaq laa..kalau ampa tak ambek pun,mcik bukan makan sangat..busuk lagu tu ja nanti"

see....?

okay. sejauh mana kebenaran kata kata ni? aku jawab
sejauh penghujung dunia!cewahhh!
sebab semalam aku dan para peminat dah berjaya buat trick ni . tak pasal pasal kenyang moktan petang semalam!hahahha..

haa..nak try letteww! :D

notakaki : tapi jangan laa publish entry aku ni kat mana- mana. nanti kantoi pulak. kang tak pasal semua pokok togel jeww takut budak ipda buat trick ni ramai- ramai! hahahha :DD

Friday, July 08, 2011

menunggu saat aku di 'unfriend' oleh someone ! huhu :|

assalamualaikum

hari ini hari jumaat. tadi pagi pagi lagi dah bangun, 7.30 dah gerak pergi tasik dengan para peminat . wuisshhh tak sangka aku ni baek jugak ada masa layan and siap buat sesi berjoging bersama peminat lagi!hahaha BAJET HOT sikit lah yeww ! :D


habis jog, merempitzzz ke taman perumahan area jitra pulak nak survey rumah sewa! boleh tahan complicated jugak proses mencari rumah sewa ni. banyak benda kena fikir. berbaloi ke tak, kawasan selamat ke tak, hampir dengan kemudahan ke tak. rempitz punya rempitz akhirnya TAK JUMPA jugak! hadoiiiii masalah nih ! :[]


then, lepas breakfast kat taman siswa, pergi bank pulak. keluarkan duit untuk belanja minggu ni. pastu boleh pulak singgah tepi pasar tani makan durian ! tong tong duit RM10 dapat 4 bijik durian maka melantak lah kami buat muka selamba di tepi jalan tu..HAHA..


before balek asrama, singgah kedai RM2 kejap nak beli bakul sampah untuk bilik, bekas air dan penyebit baju. otw balek ehhh lupa pulak!alang alang dah keluar baek beli makanan lunch terus. pastu baru vrooommm balek asrama :D
sekarang dok tulis bende ni lepas bermukabuku kejap tadi. lepas ni? apa lagi pengsan lahhh!jap lagi bangun nk basuh baju then baru nak makan ! heee :)


OK bye! :D
notakaki : mesti pelik kan? memang pun tajuk takde kaitan dengan entry !hehe maria montessori, i'm sorry! XD



Thursday, July 07, 2011

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 !



.assalamualaikum.
*senyum sampai telinga*

haih penat!baru lepas jalan jalan kat blog orang. maen game hamster la, bagi makan ikan la, menyamar jadi lisasurihani kat chatbox orang la, bukak bomb kat bahagian bawah blog org la, macam macam lahh! :D
dah puas jalan jalan tiba tiba teringat pasal satu game yang aku suka buat sebelum ni.
nak tahu apa?
meh la dekat sikit, tak boleh cakap kuat kuat nanti orang dengar! :P

ni rahsia taw, jangan bagitahu orang laen !
gamenye macam ni. senang je tak perlu modal pun! :D

kalau awak ada minat someone dan awak nak tahu dia ada jodoh dengan awak ke tak, awak buat macam ni...bila awak jalan belakang dia dalam jarak yang agak jauh , awak buat kiraan dari 1 hingga 10. kalau dalam kiraan 1- 10 tu tiba tiba dia toleh belakang dan pandang terus ke awak, maksudnya awak ada harapan lettewww!sebab? dia boleh rasa ada someone tengah perhati dia dari belakang. aura la konon

1, 2, 3, 4, 5, gotchaa!!! :D


OKAY MEMANG MEREPEK! tapi dalam merepek ni pun, aku yakin ahh mesti ada yang try lepas ni. ingat aku tak tau la tu.. eh takpe try la try laa tak salah pun ! boleh kurangkan tension taw! sebab kita seronok . heee :D

notakaki : sila jangan percaya dengan tafsiran tersebut. ini game ciptaan sendiri! kang ade pulak tak pasal kau suruh orang depan tu nikah ngn kau pasal dia toleh and pandang muka kau. padahal orang tu dok pandang sebab nak tengok reaksi muka kau pasal dia baru lepas kentut. takut takut kalau kau tercium bau kentut dia, dats y laa nk tengok muka kau berkerut ke tak!HAHAHA XD

Friday, July 01, 2011

Larian 1 Malaysia?



.assalamualaikum.

esok akan diadakan larian 1 Malaysia sempena 1 murid 1 sukan. 
aku?
hah..bye bye je laa.
mula mula boleh la aku gagah lagi, pastu pancit tengah jalan, pastu jalan sampai point terakhir. 
lagipun belakang tapak kaki tengah melecet ni gara gara meminjam kasut sukan orang lain semalam. alasan .
HAHAHA.
ouh btw, gudluck Malaysians !
chaiyok chaiyokkk !! :D