Monday, August 29, 2011

minal aidil walfaizin :D



assalamualaikum.

dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jejari runcing memohon maaf atas segala khilaf yang pernah dilakuakan kepada sesiapa yang mengenali diri ini.
semoga lebaran pada tahun ini memberi kebahagiaan kepada kita semua bersama keluarga tersayang.

:)

Saturday, August 27, 2011

hape pon tak boleh . . . . .



assalamualaikum..

entry kali ni aku macam nak mengumpat sikit. tolonglahh jangan baca kalau tak nak dosa. hehehe :)

takde, ceghitenye macam ni. tadi baru lepas shopping raya dengan abang and akak ipaw den. jalan punya jalan, sampai la ke destinasi terakhir. Gulati's Silk House. lepas dah puas usha baju yang tak berapa nak menawan tapi mahal macam nak tertelan anak tekak aku tengok, kitorang pun decide nak keluar. then ade staff dia tahan dan cakap 
FISS FULUR, FISS FULURR sambil tersenyum.
aku dah musykil apa yang dia cuba sampaikan. ala ala terpesona melihat pelakon bollywood, aku duduk terpacak kat situ cuba nak paham apa yang dia dok ulang ulang. FISS FULUR FISS FULURR dan tunjuk ke bahagian atas! 
OOOHHHH baru lah aku paham. FIRST FLOOR rupanya!okay aku boleh terima sebab dia bangla.

masa kat escalator tu, aku dengar lagi dia cakap siap guna mic ala ala dj pasaraya tuhh.
CIIIIIIIIPAAAAAAT CIIIIIPPPAAAAAT MOORAA MOOORAAA

aku jadi macam 
WHATTTT??!!APE DIA CAKAP KAK?

bila aku dengar balek betol betol, baru aku paham, rupanya 
CEPATTTT CEPAATTTTT,, murah murah~
dem! hey bangla laen kali sebut tu biar elok sikit. aku dah macam nak suruh je kak ipaww polis aku saman kau!sexual harrasment tahu takk?!HAHAHA.

notakaki :: lepas ni mana mana boss yang nak amik pekerja warga asing dah boleh bagi peruntukan pendidikan subjek BM sekali kott :D



Wednesday, August 24, 2011

untitled.


assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuhhhh.

saya sudah berpuasa selama 24 hari termasuk hari ini. ohh tak sangka cepatnya masa berlalu. pagi bangun sahur, pergi kelas, balek kelas, berbuka. hari hari rutin yang sama sampai tak sedar dah nak raya rupanya! bestnye bestnye! tapi sedih jugak sebab ramadhan dah nak habis. 

emphhh.. kesian ayah kena pulang semula :(

**********************************

nasi impit kuah kacang ayam, lemang, rendang , kuih sarang semut, kuih batang buruk, kuih chocolate oat, kerepek pisang, kerepek ubi, kuih tart, kuih semperit, kuih cornflakes, kacangkacang,rumah terbuka,jamuan raya bla bla bla.. 
HA TIBAI LA KO MACAM MACAM SAMPAI SEMBELIT!

esok malam nak balek selangor. weee~ tapi aku musykil sekarang, mana pulak dah aku letak tiket aku tuh?
dalam purse takde. ah sudahh ! okay laa out dulu. nak cari tiket jap. jangan buat gila wehh!doakan aku berjaya jumpa tiket tuhh. (-_-)"

assalamualaikum :D





Monday, August 22, 2011

hebatnya LELAKI !


assalamualaikum
ehem ehem LELAKI?
apa yang hebat sangat?
okay lets check it out :)

aku nak bagi contoh yang simple jew tentang apa yang aku nampak tentang kehebatan lelaki.

LELAKI boleh merangsang seorang wanita untuk berjaya.
apesal pulak?takde lelaki pun aku boleh berjaya lahh!
yes u r right dear. tapi percaya la. sejauh mana keinginan kita untuk berjaya sendiri takkan sama dengan sejauh mana keinginan kita nak berjaya dengan dorongan seorang lelaki YANG KITA SAYANG.
still tak caya? okay cuba korang fikir.. dah lama dah korang teringin nak belajar memasak. memang hasrat dan impian sejak zaman sekolah la senang cite. sebab korang tahu satu hari nanti korang akan jadi seorang isteri dan ibu. niat tu memang ada tapi korang selalu tangguh hasrat korang tuh. TAPI...... cuba kalau boiprennn korang kata dia suka makan tu makan nih,, wah wah wah aku pasti, mesti semangat nak belajar memasak tu dan dan rasa berkobar je kan? ya ya ya..tak payah nak tipu. it's a reality. 
kita akan buat sesuatu dengan rela kalau kita seronok. the same goes to this situation right? :D

next.
LELAKI juga sebenarnya merupakan pemusnah bagi hubungan kita dengan keluarga. tak percaya?okay lets see! cuba bayangkan kalau family korang tak restu hubungan korang dengan boiprennn tuh..agak agak apa akan jadi? okay tak payah agak la kan. dah terbukti kat berita, suratkhabar and so on. mula lahh nak buat macam macam. 
gaduh dengan family.
perghhh tak patut tak patut. kau dah membesar dengan family kau, at last disebabkan seorang lelaki je, hubungan kekeluargaan kau renggang! eh c'mon lahh!
tak cite lagi pasal pembaziran. kalau sebelum ni, parents kau sampai muak nak cakap telefon sebab kau tepon dorang hari-hari. lepas ada boiprenn, 5 minit kau cakap dengan parents kau pun dah rasa bosan. sebab? kau lagi suka sembang dengan lelaki yang kau baru jumpa berbanding family yang kau dah membesar bersama.

HAHA. nampak macam aku tengah kondem kaum lelaki ke? oh no no no. tolong jangan salah faham. aku just mention lelaki sebab aku gadis. actually benda ni sama je effectnya buat lelaki terhadap gadis gadis . 
notakaki :: betapa pentingnya restu keluarga dalam perhubungan :)


Sunday, August 21, 2011

impak gergasi


assalamualaikum semua.
okay sekarang tengah menaip sambil dengar lagu raya.
gila feeling kottt! tak saba nk balik cuti raya! :DD

topik hari ni nak cakap pasal impak gergasi atau senang cite impak maksima lahh.
nanti aku guna gergasi,ada yang salah paham pulak.tak pasal kait dengan aku tang gergasi uhh.haishh =/

TOLONG.
perkataan ni kalau nak diikutkan tersangatlah memberi impak bila seseorang tu bercakap untuk meminta tolong. tapi ramai yang tak sedar akan kepentingan penggunaan perkataan ni. nape rasa macam skema sangat pulak ayat ayat aku nih??haha.
actually bila kita nak mintak tolong kat orang dan terlupa menyebut perkataan ni, secara tak langsung kita nampak macam kurang ajar.ohh bukan kurang ajar laa,ayat sedap sikit, nampak macam kurang adab.
to be exact aku jugak salah seorang yang pantang kalau nak mintak tolong tapi tak reti nak guna perkataan nih. sentap kott! memang aku pun kadang-kadang ada tersyasyul jugak sampai terlupa nak cakap perkataan ni tapi yang penting cara cakap tu kena la elok. sejuk la sikit hati kalau takde TOLONG pun.

TOLONG. 
ti-ow-el-ow-en-ji
susah ke nak sebut? tak paham.

tanpa perkataan ni tak pasal pasal apa yang kita cakap tu seolah-olah memberi arahan. hello!!! siapa yang suka di arah? takde siapa yang suka plus memang aku salute la kalau ada orang yang boleh diterima apabila kena arah.
hepppp! 
*sambil tangan buat gaya tabik dan hentak kaki sekali*

notakaki : so kawan kawan. beware with your words okay. tak luak seliter pun air liur tu kalau nak sebut TOLONG :D


Wednesday, August 17, 2011

kurma


assalamualaikum :D

hari ni aku nak cakap pasal kurma.
* puasa dah setengah bulan baru nak kecoh pasal kurma?ahhh PON BOLEHH! *

kurma ni kalau nak diikutkan memang salah satu jenis buah yang aku dop behi atau tak gemar  nak makan sejak aku di usia adik adik lagi. serius . sebab?

meh cek nak habaq maiiii XD
actually masa kecik kecik, rumah aku *kat porch kereta* memang lahh boleh sangat kalau nak dikategorikan sebagai tempat jajahan sejenis serangga bota gergasi bernama KUMBANG! serius banyak. petang petang aku selalu jugak diisi dengan membuat penganiayaan kat keturunan depa ni. ala ala Adul dalam cerita anak anak Sidek yang maen semut tu, takkan lupa kot? hehehe :D

so bila sampai Ramadhan, dan bila aku tengok family aku makan kurma, aku mesti teringat kat kumbang. ha laa! korang tak rasa ke warna dan bentuk dia macam belakang kumbang? erghhhh! memang TAK la aku nak makan kan? memang anak tekak aku tak boleh terima setiap kali aku tengok orang dok ngupngapngupngap buah kurma.

tapi sekarang, aku dah buat transformasi! :)
aku ulang 
transformasi!
transformasi!
transformasi!
*over pulakkk!*

aku dah boleh makan kurma di mana jua dan ketika. ecewahhh! sedap jugak kurma ni. ouhh jangan tak tahu, kurma sangat banyak khasiat okay!

it's good for high blood pressure patient yang penting! 
ouhh puan ibu, dah boleh buat stock kurma kat rumah :)
bagus jugak untuk menguatkan daya ingatan macam kismis jugak. bagus untuk mencegah penyakit barah, cegah dari penyakit insomnia, membunuh kuman di dalam badan, merawat penyakit gangguan usus dan sembelit dan yang paling penting membersihkan hati..sangat bersesuaian bagi manusia zaman sekarang..and  banyak lagi lahhh!
*ringan ringankan jejari runcing anda untuk mengGOOGLE :P

okay itu sahaja tentang kurma. jom p teraweh! :DD


Monday, August 15, 2011

go ozie go ! :D



assalamualaikum

alhamdulillah satu assignment dh settle. wink3!i'm counting days for holiday 4 sure! khamis minggu depan akan terbang ke selangor.yeahhh!*tak payah nak terbang sangat la kan..naek bas jee*

tapi sebelum cuti start, ade lagi 1 assignment kne submit okay!harap maklum :D

takpe i can do it!aja aja fighting!! :))

ouhh shopping raya? hmm belum lagi.cadang nak shopping kat jalan tar je last ramadhan nanti. pasti murah dan menggembirakan!haha :D

ha lagi satu,untuk makluman baju raya tahun ni warna biru. ada sape sape nk nampak sedondon dengan saya?boleh la beli baju biru jugak!weee =)

sudah sudah banyak pulak cakap.

jumpa lagi. daaa !!!! :D


Thursday, August 11, 2011

perasaan? ZERO detected.


assalamualaikum

kepada peminat setia novel novel sedunia, aku sangat perlukan pandangan korang..HAHAHA. okay sebenarnya aku pun tak faham kenapa. baru ni aku jalan kat koridor. then nampak sorang membe ni dok bengkak bengkak mata. aku fikir maybe dia ada masalah, so malas nak amek tau. nampak busybody sangaaat. esoknya aku nampak mata dia bengkak lagi. tak boleh jadi. so sebagai membe yang prihatin, aku buat la trick sikit sikit supaya dia nak kongsi masalah dia ngan aku.. 
*okay tak berjaya,sebab tak bape nak rapat pon.hihi*


tapi at last aku dapat tahu jugak kenapa. aku pun xtau nak kesian ke tak. sebab menangis : novel !
aduiiyaiii~
tak paham aku. dia kata..
"ozie kau kena try baca novel ni wehh. aku pun macam kau gak,xminat baca novel.tapi novel ni memang terbaek laa.aku yang tak penah baca novel beriya-iye pon boleh nangis weh..sedih gila kott.."



okay lepas tu pulak, aku nampak membe aku baca novel yang sama kat kelas. aku tanya la sedih sangat ke cite novel tu?menurut testimoni membe aku ni
"boleh la jugak.roomate aku sampai nangis nangis weh baca novel ni. mata sampai bengkak bengkak siap teresak-esak lagi.."
dalam hati aku hebat gak penangan novel nih. aku pun buat keputusan nak pinjam and try baca. aku pun nak gak try baca sampai tacing tacing. nak nak pulak rumet takde. memang feeling ah kan..

lepas setting tempat baek punyaa, aku pun start baca dengan penuh penghayatan.
setengah novel yang pertama : alaa bajet sweet gila cite ni. ade ke lelaki macam ni kat dunia? kalau ada pun 1 dalam 1000..
suku novel yang terakhir : laa akhirnya suami dia mati sebab ada tumor kat kepala..

aku pun tutup novel tu. aku mula soal diri sendiri.
"part mana yang sedih sangat? "
(@_@)"


Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday *2*



assalamualaikum



sama saiz sangaaaaaaaaaaaaat !
ozie gemok wekkk! 

:'(


Sunday, August 07, 2011

tak payah nak bangga dengan harta


assalamualaikum
woot woot~

hari ini di bulan yang mulia ni, entry pun PERLU berdasarkan pengalaman benar dan ada pengisian.
ceewwwaaaahhhh! :D

bercakap pasal harta atau kemewahan atau kekayaan atau kesenangan.
perlu ke kita nak bangga yang kita orang senang kalau setakat tumpang nama mak bapak?
oh man! memang tak perlu!
anak-anak, ini adalah amalan yang tak baek yee.
disamping mendorong kepada sifat riak dan membangga diri, secara tak langsung boleh membuatkan orang meluat sekaligus membina persepsi buruk tentang diri kita.

"alaahhhh, kalau kat rumah senang je. aku penat aku pasang la mesin urut OGAWA , nak nak pulak dengan aircond PANASONIC sambil tengok tv LCD screen.. "

"kau pergi shopping habis duit sampai RM200, dapat ni (baju, tudung, kasut) jew? TAK BERBALOI LA WEHH. kalau beli kat pasar malam boleh dapat 4 5 baju..aku kalau nak beli yang berkualiti, aku suruh je mak aku bank-in duit, tak payah guna duit sendiri.."

"emphh, kalau kat rumah aku tu, kereta motor berderet. sampai takde sape nak guna.. ada satu kereta ayah aku tu, khas untuk pergi kebun je..buruk dah, tinggal masa nak roboh je.."

"family aku ada baaaanyak tanah. kat sini la kat sinun la.. cukup la sorang satu kalau nak dijadikan tanah pusaka nanti.."

omaiiiiii !! jangan la terlalu bangga dengan harta mak ayah. tak bawak kemana pun. laen la kalau harta suami :)
ada la jugak bernasnye nak bangga sebab kalau nak ikutkan, seorang isteri boleh pegang kata kata macam ni

HARTA DIA HARTA SAYA, HARTA SAYA HARTA SAYA

hahaha kan kan? takde la aku ulang je apa yang aku pernah dengar :P

kan lebih elok kalau diam dan tak payah nak bangga? orang lain pun takde meluat dengan kita. entah-entah orang yang dengar tu ada harta lagi banyak bertimbun daripada kita. cuma malas nak heboh.

so..... berSEDERHANAlah dalam kehidupan. langit tak selalu cerah. bila bila je ALLAH boleh tarik segala kemewahan yang kita ada. na'uzubillahh :)

notakaki : renung-renungkan dan selamat beramal!! :D

Friday, August 05, 2011

menu menterkedarahhh!

 assalamualaikum

menterkedarahh? ke mencekikdarah?ke mentaldarahh? ke bukan darah tp zarah? HAHA tak kesah la ape pun! paham paham sendiri sudah :D

hari ni aku tak amik pakej dari cafe tuhh. isnin minggu depan baru nak sambung balek sampai abis aku menetap kat sini sepanjang ramadhan. so by hook or by crook aku terpaksa keluar membeli makanan untuk berbuka. yeahh taman siswa menjadi buruan. makanan kat situ semua sedap dan yang paling penting murah :)

so, menu berbuka aku hari ni ialah :

nasi putih
ikan termenung bakar cicah air asam
kerabu perut campur kelempong *paru*
sayur bayam masak errrr ape ntah ^^
air tebu

wahhhh memang menjana lemak la aku hari nihh.
tapi takpe, solat terawehh pastikan buat 20,boleh cover balek lemak lemak yang terjana!hehe :)

okay guysss selamat berbuka!

notakaki: macam awal sangat pulak aku wish.tp takpe sabah sarawak dah berbuka whatttttt!hee :)

Thursday, August 04, 2011

nyah kau dari sini !

uhuk uhuk assalamualaikum!
yeahh tajuk memang macam sedang perasaan :P

tapi memang!aku tengah bengang gila ngan sejenis makhluk nih!
aku saket hati gila ngan dia!
kalau ikutkan hati, nak je aku pijak pijak aku  lenyek lenyek jadi macam kentang putar KFC tuh. haihh membara gila! aku tahu budak budak ipda lain pun merana macam aku jugak. masalahnya bukan satu tapi dah berjuta kalau aku kira dari minggu lepas lepas. geram gila grrrr~

mana tak menguji kesabaran? dalam bilik ada dia, nak pakai selipar ada dia, nak pergi jamban ada dia, dalam jamban pon dok tertepek je kat tepi dinding tu.
weh, korang tak malu ke tengok orang melabur saham? hishhh!!
malam ni je dah berapa kali aku sapu bilik. rasa dah boleh muat berguni guni kalau aku kumpul keturunan depa ni sejak hari tu lagi. haishh geram geram!

tu belum kira lagi dah berapa kali keturunan korang mencabul aku? buat love bites cinta sana sini. kat merata tempat pulak tu. tapi paling kau suka memang kaki lah kan? lepas tu baek punya kau tinggal kesan merah merah. bangun pagi keje aku asek membelek tempat perlakuan tak senonoh kau tuh! happpp fuhhhh happpp fuhhh.. *tarik nafas jap*

naseb baek bulan puasa. so memang aku kena banyak sabar dengan korang nih.pfftttt~

hye saya bena perang :)

hye saya bena hijau :)
  wah wah wah..tanpa segan silu korang memperkenalkan diri ea? kurang asssam!
*monolog dalaman :D *

Wednesday, August 03, 2011

hari ke-3 berpuasa.



assalamualaikum.

alhamdulillah dah 3 hari dapat rasa berpuasa di bulan Ramadahan. semoga sempat puasa sebulan dan menyambut hari raya bersama family sayanggg :D

malam tadi lepas balik teraweh ade dengar bunyi ambulance. nak nak pulak ternampak sorang member ni terus lagi ke luar masjid tergopoh-gapah.terus rasa cuak. dalam hati ni mampu berdoa je mudah-mudahan bukan budak IPDA dan semoga kemalangan yang berlaku tak serius. kesian kat keluarga dia kalau ade pape jadi masa ramdhan ni. bila teringat pasal ramdhan, mesti teringat arwah pakcik (usu) yang meninggal masa bulan ramadhan jugak tahun lepas. bila raya, rasa dull je sebab arwah la antara pakcik paling banyak cakap bila ada event keluarga dekat kampung ;'(
.al-fatihah untuk arwah.

bila dah sorang-sorang, masa nak tidur tu mula la fikir yang bukan bukan. tak pasal malam tadi dapat mimpi meninggal dunia. dalam mimpi tu, yang tak tahannya boleh pulak ade geng. dengan cik ckin.hehe. bila roh keluar dari jasad, aku jalan balek rumah. alaa standard macam cerita melayu biasa. macam tu la aku mimpi. Wu~ seram sejuk je rasa bila bangun tu. huh. semoga aku dan cik ckin dipanjangkan umur ^^

kalau pasal kehidupan seharian pulak, bulan puasa ni banyak cabaran. lagi lagi bila kena lalu tepi cafe waktu tengahari. bau diaaa..naseb baek boleh kawal iman,kalau tak mesti dah makruh :P
basuh baju?hehe. yang mudah mudah je akan didahulukan. yang laen, boleh tunggu 3 hari sekali :P

bab buka pulak, everything okay. sebab dah tempah makanan berbuka siap2 ikut pakej yg dikendalikan persatuan ape ntah kat sini. so bayar untuk seminggu seminggu, dapat kupon, setiap petang amik la makanan tu dan berbuka seperti di rumah bersama kawan-kawan. takde la bosan makan nasi segera jee :P

okay sekian report 3 hari berpuasa saya. bubbyyyee! :D