Sunday, August 07, 2011

tak payah nak bangga dengan harta


assalamualaikum
woot woot~

hari ini di bulan yang mulia ni, entry pun PERLU berdasarkan pengalaman benar dan ada pengisian.
ceewwwaaaahhhh! :D

bercakap pasal harta atau kemewahan atau kekayaan atau kesenangan.
perlu ke kita nak bangga yang kita orang senang kalau setakat tumpang nama mak bapak?
oh man! memang tak perlu!
anak-anak, ini adalah amalan yang tak baek yee.
disamping mendorong kepada sifat riak dan membangga diri, secara tak langsung boleh membuatkan orang meluat sekaligus membina persepsi buruk tentang diri kita.

"alaahhhh, kalau kat rumah senang je. aku penat aku pasang la mesin urut OGAWA , nak nak pulak dengan aircond PANASONIC sambil tengok tv LCD screen.. "

"kau pergi shopping habis duit sampai RM200, dapat ni (baju, tudung, kasut) jew? TAK BERBALOI LA WEHH. kalau beli kat pasar malam boleh dapat 4 5 baju..aku kalau nak beli yang berkualiti, aku suruh je mak aku bank-in duit, tak payah guna duit sendiri.."

"emphh, kalau kat rumah aku tu, kereta motor berderet. sampai takde sape nak guna.. ada satu kereta ayah aku tu, khas untuk pergi kebun je..buruk dah, tinggal masa nak roboh je.."

"family aku ada baaaanyak tanah. kat sini la kat sinun la.. cukup la sorang satu kalau nak dijadikan tanah pusaka nanti.."

omaiiiiii !! jangan la terlalu bangga dengan harta mak ayah. tak bawak kemana pun. laen la kalau harta suami :)
ada la jugak bernasnye nak bangga sebab kalau nak ikutkan, seorang isteri boleh pegang kata kata macam ni

HARTA DIA HARTA SAYA, HARTA SAYA HARTA SAYA

hahaha kan kan? takde la aku ulang je apa yang aku pernah dengar :P

kan lebih elok kalau diam dan tak payah nak bangga? orang lain pun takde meluat dengan kita. entah-entah orang yang dengar tu ada harta lagi banyak bertimbun daripada kita. cuma malas nak heboh.

so..... berSEDERHANAlah dalam kehidupan. langit tak selalu cerah. bila bila je ALLAH boleh tarik segala kemewahan yang kita ada. na'uzubillahh :)

notakaki : renung-renungkan dan selamat beramal!! :D

No comments: