Thursday, September 29, 2011

UNIC buat aku jatuh cinta dengan pak ustaz! kau mampu??

.assalamualaikum.

wah tajuk kau. tak boleh panjang lagi? HAHA..

okay memandangkan ade lagi satu je assignment nak kena submit ahad ni, so masa aku agak banyak untuk diluangkan bersama belog. lama dah aku tak membebel kat sini.

okay back to topic.
malam tadi UNIC buat perfomance sempena majlis penutupan Bulan Penghayatan Islam peringkat ipg.. actually aku takde la macam batak sangat sebab ni kali kedua aku jumpa ngan UNIC. first time dulu mase sekolah. dijemput tgk UNIC kat unisel. time tu aku batak la sebab ade c handsome fitri tu haa. nak nak pulak mase tu dorang perform lagu Hanya Tuhan Yang Tahu, mau tak batak aku? memang jiwa bergelora la kan sebab dok bayang dia nyanyi untuk aku. HAHA~

tapi malam tadi aku suka sebab suara dorang ni memang sedap sangat. lembik lutut aku masa dorang nyanyi lagu-lagu tuhh. fuhh melayang! pastu mula la berangan nak cari calon suami ustaz yang pandai nyanyi.hehehe..

orang cakap kalau nak dapat jodoh baik, kita kena jadi baik dulu.. tapi aku rasa kata kata tu macam lebih sesuai untuk lelaki. sebab kaum hawa memang tercipta untuk dipimpin oleh kaum adam. tak gitu? hehe pepandai pulak kau yee!

tetiba aku bangga dengan ipg aku sebab boleh menjalin ukhwah dengan UNIC. mana tak nye, UNIC siap boleh menetap kat dalam asrama lelaki kot. boleh maen badminton skali lagi petang semalam. sempoi gilaa! tu laa beza artis nasyid dengan artis biasa. ecehh pepandai lagi! 

tapi yang xsyok malam tadi, aku dok jauh nun di belakang. guna pulak camera lopek, zoom abis pun still xnmpk jelas lagi. tapi takpe aku dah rakam dorang nyanyi. boleh buat lagu dodoi tidur malam malam. heeee :D





notakaki :: dengar cite salah sorang ahli UNIC kem salam kat aku mlm tadi? ehem ehem segan pulak =.="

Monday, September 19, 2011

i think i wanna marry you GILA!


assalamualaikum

yess, yess i think i should marry him!
HAHA.
yess lah . here and there alaways together maaa~
okay assignments sangat banyakkkkkk!
kawen la kau,aku tak nak :D

berblogging ade masa pulak?
gila kau nak ngadap benda tu je boleh bikin gua panassss!
minggu ni je banyak gila benda kne submit and sampai satu tahap aku rasa macam nak campak semua kerja kerja aku, lari sekuat hati dan duduk sorang sorang sambil menangis kat someone that i can trust on. haihhh~

sabar ozie sabar. you can do it !

ohh pasal previous entry ada orang tanya apa yang jadi?
alahh takde pape pun.
kami pergi Open House rumah lecturer je.
takde benda yang menarik pun..
yelaa ape lah sangat kalau setakat pergi rumah bakal mertua..oooppps!HAHA..

hari ni pulak ada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya .





haaa sudah!kami tiada hubungan special. HARAP MAKLUM .

notakaki :: maaf la sebab termengaku bakal mertua pulak.hehehe :P

Saturday, September 17, 2011

mentee

assalamualaikum



notakaki :: puan, puan..kami nak jadi mentee angkat puan boleh? ;P

Tuesday, September 13, 2011

subhanallah aku mencintainya~

haaaaa geli tak? okay kalau geli boleh tutup blog aku sekarang ! :DD

notakaki :: aku pun macam rasa nak lempang laju laju je muka aku sekarang ni!HAHA.

Friday, September 09, 2011

done with my SBE :)

hye assalamualaikum :D

hari ni hari last aku berPBS kat sekolah rendah lama aku. rindu gila dengan suasana sekolah and seronok sangat sebab dapat datang semula kat sekolah tu. bagus jugak aku ambil kos cikgucikgu ni, ade la jugak reason nak melawat sekolah lama kan :D

dalam seminggu ni sebenarnya ada banyak benda sangat yang aku nak buat kat sekolah tu tapi kekangan masa. huh, ayat aku. BM sangaaaaaaaaaat :)

so sebagai kenangan aku ada la singgah koperasi sekolah beli pape yang patut :)


masa last day ni jugak aku baru sempat kenal kenal dengan budak pemulihan. berlemoihh gila!bak kata orang utara. sebab aku tak selesa punya pasal, sempat la jugak aku buat sesi membersihkan diri dengan budak tu,nampak la kemas sikit lepas cuci muka yang tetttt. mau aku tak buat sesi tu? segala macam jenis ta*i ada kat muka dia.kehkehkeh...lepas aku settle ngan budak tu, aku bagi laa duit raya sikit pakej dengan katakata semangat sikit :)


lepas tu ape lagi.sesi bergambar laa dengan geng PBS yang laen :)











Wednesday, September 07, 2011

suara dengarkanlah aku :)


assalamualaikum

sana sini orang sibuk bercerita pasal SBE school based experience diorang. untunglaa dapat borak-borak dengan anak murid. aku? membisu je kat sekolah selama 3 hari ni.saya kehilangan suara. mula mula boleh la gagah lagi. setakat serak serak basah ala ala ella, dah lama lama aku pun naik rimas. kadang kadang tu,aku cakap sorang sorang sebab orang tak dengar atau tak paham apa yang aku cakap.sabo jelaaaa :)

tapi, dalam takde suara pun, taknak kalah.. membe ajak keluar meronggeng pun, join jugak!kehkehkeh.
yang paling tak boleh blahh boleh pulak gi karaoke . fine bila aku nyanyi dah macam bunyi nenek kebayan baca jampi!sabo jelaaaaa :)

leftenan syahir dan cikgu fadhli :)
ex-schoolmates :)
the ladies :)

before maghrib, lepak makan kat SR. wahh membe membe order minum bukan maen sedap lagi. siap ade aiskrim lagi. aku??

duta air asam jawa.yekkkk! =/

sabo jelaaa :)

otw nak balek umah, boleh pulak nak singgah funfair! korang memang fun lah kan? yang aku ni naek bende bende tuh, menjerit dalam hati jer. tapi muka still ade reaksi! dah macam orang meneran dah bila aku pikir balek. hodoh betul! HAHA. sabo jelaaaa :)
.tercungap-cungap aku masa benda ni gerak.

yg ni lagi terbaekkk!pening kepala aku.


kat sekolah pulak, bila cikgu tanya, aku jawab tapi tak sah kalau aku tak kena ulang banyak kali. damn!HAHA.

bergambar kat tempat lepak dolu dolu :)


notakaki ::  taknak kalah punya pasal, bergambar tetap bergambar. takpe, xguna suara pun kalau nak bergambar.hihihi :D .. ouh,cik mila and cik lyn?yess itu memang mereka :)

Sunday, September 04, 2011

yes sukenye sukenye lahhhh !!



assalamualaikum

kawan kawan sekolah menengah datang beraya tadi.

aku ditegur

sudah semakin
.
.
.
.
.
.
.
.
.

berisi!


.FINE.


Thursday, September 01, 2011

Salam Aidilfitri 2011


.assalamualaikum.
hello my dearssss :)

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

gambar family tahun ini
.
.
.
.
.
ahli dah berkurang.abang besar beraya dengan keluarga belah isteri

 tapi takpe.raya kami tetap happy.kui3 :P

depan umah opah. kg belah ibu d Ulu Yam, Selangor.

tapi sehappy happy raya kat kampung belah ibu, happy lagi beraya kat kampung belah arwah ayah d Palong 6, Negeri Sembilan. kutipan duit raya boleh tahan banyak!HAHAHA.terima kasih kepada yang sudi memberi. tahun depan bagi la lagi ^^

raya kat kampung ayah best sebab semua pakcik makcik balik. kalau dulu, bosan sikit sebab kitorang adik beradik cucu yang sulung. sekarang diorang semua dah besar. dah boleh lepak sama sama. best ! and part yang paling aku teruja bila malam tu main bunga api and mercun sama sama. sangat sangat mengimbau kenangan lama masa kecik kecik dulu !

abang kecil pun nak maen bunga api jugakkkkk :)

stok mercun dan bunga api yang d sponsor oleh pakcik2 :)

adik sedare den semangat maen bunga api

esok tuhh kitorang beraya ramai- ramai kat umah jiran terdekat :))




ouhh saya BESAR di situ :P



-uzma taqifah-
depan umah embah :)
notakaki :: yepp ibu saya orang minang, ayah saya orang jawa. tapi belah ayah pulak yang duduk negeri 9. tak payah nak pelik sangat lah kann :)