Sunday, October 30, 2011

just :) to hide your :(

assalamualaikum

ada dua berita dan cerita dan kisah dan pape jelaa!

yang tak best
motif satu : cepatnya jam randik berputar...esok dah nak balek kedahh dan aku tak sukaaaaa!!!! :(

yang best
motif dua : aku dah dapat facebook someone yang aku beriye stalk dari dulu. suka tengok dia nyanyi kat yt. suare biase jeww.hehe tapi pandai maen gitar. tapi takdelaa hebat pon. biase jeww.  okay dia orang sabah. excited. tapi SORRY saya takde feeling lebih lebih.saja seronok!be noted :D

tamat.

Thursday, October 27, 2011

very sweet sweet talk talk guy..eeeuuwww~


assalamualaikum

guyss, no need to be a sweet sweet talk talk guy sangat laa. be more gentlemen. bukan loser.
mcm pathetic creaturess in the world sangat! sana kau nak ayat, sini kau nak ayat. hebat sgt ke smpai semua orang ko nak try tanam tebu kat tepi bibir kau tu? ohh please lahh. taktik lama gila. ingat ape? try and error contest ke ape? gentleman lah sikit. straight to the point kan lebih mudah? 
.takpaham.

say NO to these kind of men.

done.

Wednesday, October 26, 2011

birthday adek besar saya c "K-bus"! :D

assalamualaikum

"K-bus" ? ape tu?
haha! takpela..korang anggap je macam K-POP! wekkk! :P

hari ni birthdayy adek besar saya. dah makin BESAR dia sekarang. 
perkataan besar harus letak 'caps lock' okay!HAHA. sorry adek! :D
takpe kita sama-sama membesar bagai johan!HAHAHA.

so disebabkan kami tinggal berempat je kat istana indah kami ni haaa, haruslah tak perlu nak celebrate grand grand kan? tak memberahikan langsung ! :)

as an appreciation, puan ibu bawak kitorang makan kepci jela~
kepci? pleaselahh sebut elok2! KAY-EF-SI! KFC!
jangan nak membajet comel sangat kat belog aku okay.harapmaklum.HAHA!

ouh!kenapa hijau? disebabkan fav colour adek besar warna hijau, so aku gagahkan jugak laa tulis entry ni dengan temacwarna hijau! ape link? maybe nampak aku macam sweet sikit kot?haha .ntah.


snack plate+ cheesy wedges cukup!

adeksss :D

birthday gurl ;)

birthday gurl within a week (+)(-) :D

puan ibu and the pelahap ! cihhhh~

lepas balek dari makanmakan ingat nak bergambarssss mesra dengan artis sehari. tapi malang tak berbau. hujan pulak. terpaksa balek rumah. tapi sebab taknak kalah punya pasal, bergambar jugak! depan rumah pon boleyyyyy!HAHA.

Uuuu~ candid sangat! :]


notakaki :: untunglaa adek besar dapat bergayut sehari suntuk~ takpe,tunggu turn aku nanti. siapa yang bertuah dapat laa call dari aku! peaceeee! :)  bajet diva sangat!okbai! :DD

Tuesday, October 25, 2011

CONGRATZ, bro! :)


 assalamualaikum

syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya segala aktiviti telah dapat disempurnakan dengan lancar sepertimana yang dirancang. 
*ayat normal ucapan penghargaan. HAHA *

okay takmo cakap banyakbanyak.takmo takmo takmo! nak cakap banyak tunggu aku rajin ea! 
motif berblogging hari ini : mengucapkan tahniah kepada abang kecil.
sebab : kahwin?ouh NONONO..lambat lagi.ntah ntah aku dulu x?haha gatal!
"so, kepada abang kecil..tahniah sebab dah berjaya grad dan mendapatkan segulung ijazah! ouhhh,and tahniah jugak sebab dah dapat kerja.ME mendoakan agar abang kecil dapat meneruskan perjuangan di mana sahaja abang kecil berada dengan tekun dan bersungguh-sungguh! dan juga selamat maju jaya! "

apsal macam tak smart eh wish aku? ahh, persetankan je laa! malas nak edit. ayat tak hensem takpe biar hati hensem!haha okay melalut lagi! XD





kebesaran di situ THANKYOU!


and lastly opkos laaa gambar aku dan abang kecil ! :D


:)


okayy DONE! nak tido ! bubyeeee :D

Wednesday, October 19, 2011

attacked ! pedih dan sakit..wuwuwuwwww :(

assalamualaikum.

aku diserang charlie buat kali yang pertama dengan sekaligus begitu banyak! terima kasih charlie sebab bagi aku pengalaman nie. syukran syukran! aku ingat lagi masa kat sekolah menengah (f5) dulu, budak asrama selalu mengadu kata ada banyak charlie kat dalam dorm. yang aku nie pulak selalu tanya macam mana rupa charlie tu sampai dorang meluat. dah memang pesyen aku macam tu, selagi aku tak dapat jawapan yang memuaskan, aku akan tanya sampai orang menyampah.

tapi sekarang, bermula hari bulan lepas ari tu, aku dah KENAL apa itu charlie. seronok sangat dapat tengok secara real rupa charlie yang sebenar. *sangat batak,tapi aku jujur dah memang aku tak kenal charlie,nak wat camne kan.. * bila pergi toilet, memang charlie tu akan sentiasa menemani hari hari aku kat sini. lepas tu, dengan muka kejam aku akan jirus air sekuat hati kat dorang dan buat muka bangga bila aku tengok sekor- sekor charlie tu masuk dalam lubang air. HAHAHA puas hati aku.

yang rumet pulak selalu mengadu pasal charlie. dah la rabun, so setiap kali ade serangga ala- ala charlie (semut) dalam bilik pun, dia akan start menggelabah capai penyapu dan buat aksi pemain golf terkemuka di dunia. nasib kau lah charlie, jadi bola golf rumet aku.hihihi lucu bila aku tengok rumet aku macam tu.

kalau pasal serangan charlie pulak, aku selalu gak tengok kawan- kawan lain yang dah pernah terkena charlie. dalam hati selalu cakap " wuuu!nampak menarik dan ganas! ".. sebab mula- mula kesan tu akan jadi macam melecur then akan bertukar jadi parut. parut tu la nmpak macam gengster je. hehe. bila aku tanya rasa apa, ada yang jawab ' rasa sweet sangat, macam gula kapas..' sangat hampehh okay! tapi aku tahu dia bergurau. hehe. rupanya rasa pedih. tapi dah namanya aku, tak puas hati kalau tak rasa sendiri.

bermula sabtu lepas, aku terkena serangan charlie walaupun selama nie aku cuba elak. okay memang terbaek! pedih dan pedih dan pedihhhhhhh!! TAPI KALAU IYE PUN NAK BAGI AKU PENGALAMAN, JANGAN LA BUAT KAT MUKA!!! dah la sekali 3 tempat kau serang!! atas dan bawah kelopak mata kiri dan pipi! uwaaaa!!! setiap kali kena air memang sakit rasa melecur!!huhu sedih aku...maybe masa aku tidur dia datang mengendap. "elehh, minat cakap minat..ni nak buat kucupan kat muka aku pulak ".. yang tak boleh nak blahh sangat, boleh pulak aku ingat tu jerawat dan dengan belaian kasih sayang, aku gi sapu ubat jerawat dan pedih semaikn berleluasa. osem gila wa cakap luuuuuu! memang tu jerawat alaf baru. memanjang! haha :D

see?muka bercalar balar okayy!!


tak cukup dengan tu, esoknye aku kenal pasti c charlie mula membuka cawangan lain di tangan kiri aku. okay fine. tangan tak sakit sangat. aku boleh cool. dan malam tadi tengah syok syok borak ngan kawan tiba- tiba
" ozie, kene charlie pulak ke? "
aku pulak confident jawab sambil nak tengok balek kesan charlie semalam
" aah,, ni kena se..... WHATT??!!! yang baru????!! "

gila!lagi panjang sampai ke siku! ouhh memang TERBAIK. aduii apa la nasib jadi macam nie. sekarang, my left parts semua di dalam keadaan kepedihan.semoga cepat kering wahai kesan-kesan charlie ku semua! :D

buruk siku sudahhh :]


okay dah, sekian tentang charlie .

Friday, October 14, 2011

boku gai ru :)




just finished watching 'marry me,mary'

what a wonderful life she has!

just awesome! :D

notakaki :: Korean stuff always make people fly high to the top! damn! =.="

Thursday, October 13, 2011

kecewa.


assalamualaikum

kawan aku amik ganja kat u dia.
gila bodoh wa cakap lu.
dah takde makanan lain ke kau nak sumbat?
dulu kat sekolah kau la orang yang pandai yang aku kenal.
weh,kau tak pk mak bapak kau ke?
susah payah dorang cari duit, boleh pulak kau beli benda bodoh tu?

aku kecewa dengan sikap kau kawan!

enough :(

Saturday, October 08, 2011

ape celuppppp ?

hye assalamualaikum

tengah kepenatan tapi nak membelog jugeee ! pagi tadi lawan hoki. ade 3 team je yang involved. boleh laa tu daripada takde langsung kan? :P
team yang terdiri daripada senior (ehem2 kami la tuu ), junior dan super junior.

juniors's team

WONDERGURL lahh konon !





senior VS junior







board pun dah takde rupe..alahaii..


muka kepenatan

KAMIMENANGDENGANJUNIORTAPIKALAHDENGANSUPERJUNIOR.
takpe rezeki korang.hehehe :DD



walaupapepun,,tahniah untuk adik2..boleh laa jadi pelapis hoki team IPDA pasni :)
thx jugak sebab tlg kami menjayakan karnival sukan nih :D

byeeeeeeeeee!

Friday, October 07, 2011

"Laugh-Out-Loud" moment!


assalamualaikum

semalam.
tarikh : 6 oktober 2011
tempat : Kelubi
aktiviti : Futsal Tournament
masa : 3-4 petang
pengalaman bermain (peserta) : telur ayam






red team VS black team

red team menang!oh yeahhh!
7-5 okayy!
HEBAT! :D
.kepenatan.

konklusi : dapat release tension dan BEST SANGAT!! :D

Monday, October 03, 2011

THE NOTEBOOK


assalamualaikum

sana sini aku dengar orang kata cerita 'the notebook' nie best. tapi aku tak amik port sangat. tapi tadi secara tiba- tiba aku rasa aku nak amik port. bosan dok bilik sorang- sorang. roomate ade kelas. aku pun try usha pasal cerita ni.

okay fine. BEST! dan sekarang aku teringin nak tengok cerita dia. ada novel tapiiiiiiiiii aku nak baca novel?memang harap maklum lah kan! tapi kalau itu je last choice yang aku ada, apa salahnya. boleh feeling- feeling.HAHA.

OKAY point sekarang. mana nak dapat hoi? ouhh silap soalan. mana nak dapat DUIT hoi beli novel tu? dah diam =.="

tapi serious nak tengok sangattt. siapa- siapa yang terbaca entry aku yang nie, kalau jumpa cerita ni or tahu sape-sape yang ada, tolong bagi saya pinjam. pleassshhhhh  -_-
aisehhhh bajet comel pulak nak ber'shhh2' kat belakang please tuh.

tak dapat tengok cerita, aku ulang tengok trailer pun jadi lahhh.nak tengok jugak? okayy boleh tengok di sini. kalau guna wifi asrama, aku sarankan awal-awal tak payah susah payah nak tekan. kena block! hehehe :D

.THE NOTEBOOK.

notakaki :: kalau search THE NOTEBOOK kat google image, memang gambar kissing-kissing yang keluar. sorry ini bukan cerita lucah OKAYYY!ini romantic film jeww :D


Sunday, October 02, 2011

oll is well :)


TAHNIAH IZZATI SEBAB DAH BERJAYA SIAPKAN SEMUA ASSIGMENTS AWOK!

GET READY 4 YOUR TEST AND EXAMSSS MY DEAR !

LOVE ME :D

Saturday, October 01, 2011

find me a word.




kadang-kadang aku rasa macam aku seorang yang sangat loser..

dia satu- satunya 'harta' yang aku ada..
setiap perkara yang aku lakukan semuanya untuk 'harta' aku..

TAPI..

aku tak pandai menjaga 'harta' yang aku ada..

aku rasa aku makin jauh dengan 'harta' aku sendiri..

mungkin aku tak pandai membuat 'harta' aku bahagia..

sampai satu saat, 'harta' aku mencari orang lain untuk dijadikan pemiliknya..
mungkin 'harta' aku tak mencari tetapi dicari..

aku bukan pemilik 'harta' yang baik..

tapi secara jujur aku terlalu menyayangi 'harta' aku DAN..

memang aku tamak!

aku tak nak orang lain mencuri title aku sebagai pemilik 'harta' aku..