Wednesday, October 19, 2011

attacked ! pedih dan sakit..wuwuwuwwww :(

assalamualaikum.

aku diserang charlie buat kali yang pertama dengan sekaligus begitu banyak! terima kasih charlie sebab bagi aku pengalaman nie. syukran syukran! aku ingat lagi masa kat sekolah menengah (f5) dulu, budak asrama selalu mengadu kata ada banyak charlie kat dalam dorm. yang aku nie pulak selalu tanya macam mana rupa charlie tu sampai dorang meluat. dah memang pesyen aku macam tu, selagi aku tak dapat jawapan yang memuaskan, aku akan tanya sampai orang menyampah.

tapi sekarang, bermula hari bulan lepas ari tu, aku dah KENAL apa itu charlie. seronok sangat dapat tengok secara real rupa charlie yang sebenar. *sangat batak,tapi aku jujur dah memang aku tak kenal charlie,nak wat camne kan.. * bila pergi toilet, memang charlie tu akan sentiasa menemani hari hari aku kat sini. lepas tu, dengan muka kejam aku akan jirus air sekuat hati kat dorang dan buat muka bangga bila aku tengok sekor- sekor charlie tu masuk dalam lubang air. HAHAHA puas hati aku.

yang rumet pulak selalu mengadu pasal charlie. dah la rabun, so setiap kali ade serangga ala- ala charlie (semut) dalam bilik pun, dia akan start menggelabah capai penyapu dan buat aksi pemain golf terkemuka di dunia. nasib kau lah charlie, jadi bola golf rumet aku.hihihi lucu bila aku tengok rumet aku macam tu.

kalau pasal serangan charlie pulak, aku selalu gak tengok kawan- kawan lain yang dah pernah terkena charlie. dalam hati selalu cakap " wuuu!nampak menarik dan ganas! ".. sebab mula- mula kesan tu akan jadi macam melecur then akan bertukar jadi parut. parut tu la nmpak macam gengster je. hehe. bila aku tanya rasa apa, ada yang jawab ' rasa sweet sangat, macam gula kapas..' sangat hampehh okay! tapi aku tahu dia bergurau. hehe. rupanya rasa pedih. tapi dah namanya aku, tak puas hati kalau tak rasa sendiri.

bermula sabtu lepas, aku terkena serangan charlie walaupun selama nie aku cuba elak. okay memang terbaek! pedih dan pedih dan pedihhhhhhh!! TAPI KALAU IYE PUN NAK BAGI AKU PENGALAMAN, JANGAN LA BUAT KAT MUKA!!! dah la sekali 3 tempat kau serang!! atas dan bawah kelopak mata kiri dan pipi! uwaaaa!!! setiap kali kena air memang sakit rasa melecur!!huhu sedih aku...maybe masa aku tidur dia datang mengendap. "elehh, minat cakap minat..ni nak buat kucupan kat muka aku pulak ".. yang tak boleh nak blahh sangat, boleh pulak aku ingat tu jerawat dan dengan belaian kasih sayang, aku gi sapu ubat jerawat dan pedih semaikn berleluasa. osem gila wa cakap luuuuuu! memang tu jerawat alaf baru. memanjang! haha :D

see?muka bercalar balar okayy!!


tak cukup dengan tu, esoknye aku kenal pasti c charlie mula membuka cawangan lain di tangan kiri aku. okay fine. tangan tak sakit sangat. aku boleh cool. dan malam tadi tengah syok syok borak ngan kawan tiba- tiba
" ozie, kene charlie pulak ke? "
aku pulak confident jawab sambil nak tengok balek kesan charlie semalam
" aah,, ni kena se..... WHATT??!!! yang baru????!! "

gila!lagi panjang sampai ke siku! ouhh memang TERBAIK. aduii apa la nasib jadi macam nie. sekarang, my left parts semua di dalam keadaan kepedihan.semoga cepat kering wahai kesan-kesan charlie ku semua! :D

buruk siku sudahhh :]


okay dah, sekian tentang charlie .

2 comments:

azRyn said...

auwwww... kak ozie dah kna serang charlie... ehe... sbar2.. ;) semoga cepat sembuh..

izzatizamburi :) said...

auwww!!tu la pasal..baru tgk azryn hari tu,,skali akk pun terkena sudahh..
BOLEH BAHH KALAU KAUUUU!
hahaha..ok,tq azryn..alhamdulillah macam makin ok :)