Wednesday, November 30, 2011

LINTAH? menarik ;)


assalamualaikum

hari ni gua nak bukak cerita pasal lintah. oopss! agak yekks (!) di situ.
takde lah, tadi kat facebook ade pulak ex-junior gua buat pameran muka dia buat rawatan lintah.

si lintah yang  'membesar bagai johan' !


OH EMM JEYYY! agak cool di situ!
gua pun mula lah berangan nak try jugak :D
pernah gak gua suarakan hasrat di hati nak buat rawatan nih kat membe membe gua, kat puan ibu gua .. tapi respon yang gua dapat agak tidak memberangsangkan.



gua ni memang suka try benda pelik pelik. contohnya, gua teringin nak try makan ulat sagu. atau juga dikenali sebagai ulat mulong. (kalau tak silap gua la. kalau salah, maksudnya gua dah tipu lu orang. gua mintak maap awal awal. nak kepastian, cuba tanya orang Bumi Kenyalang lah senang. heeee ).


gila mahal. kalau beli durian pun dah lepas 4 biji :)

haaaa.. kalau nak tahu, inilah rupanya ulat sagu. masa pergi Sarawak hari tu, ingat nak try kalau jumpa. sadisnya kisah gua kat sana, tak jumpa lah pulak . dengar dengar cerita, ulat ni rasanya agak juicy. haish. cool cool !

oh sudah! gua dah lari topic nih. okay berbalik kepada rawatan lintah. erm ermm betul ke rawatan ni berkesan? dengar dengar lintah ni menyedut keluar darah kotor? masalahnya sekarang, apa yang gua pernah baca, dalam badan kita ni tiada darah kotor (?). aku ulangi TIADA darah kotor. segala jenis darah yang terkandung dalam badan kita ni semuanya ada function tersendiri. kecuali lah darah yang keluar dari badan perempuan tiap- tiap bulan tuh . please excuse us :D

betul ke macam tu? habis tuh, yang kes orang pergi berbekam tu, apa pulak? dalam Islam pun, ada apa orang berbekam? katanya, menggalakkan pembersihan darah melalui kulit. hah sudah. gua dah confuse sekarang!

ada pulak satu dua kisah gua pernah baca pasal rawatan lintah ni ialah bila ada seorang makcik ni, matanya bengkak bengkak lepas buat rawatan ni. katanya ada jangkitan kuman kat dalam darah. lagi satu pasal seorang lelaki yang mengalami bengkak muka lepas buat rawatan ni. haish seram seyhh gua dengar! cukup lah dulu gua pernah bengkak muka akibat allergic. untuk pengetahuan, gua ni tak boleh makan udang mahal. nanti gua jadi gatal gatal satu badan. so, gua makan udang murah murah je. gua ni senang nak jaga. untung bakal laki gua. see ? gua ni sangat down-to-earth orangnya! teheee :P


so lepas gua buat pandai mengkaji sana sini pasal rawatan lintah nie, gua nak buat satu konklusi. izinkan saya yang berhormat (?). 
gua rasa lah, sebenarnya kegunaan lintah ni menyedut darah kotor memang betul. cumanya, kandungan darah dalam diri individu tu sendiri sama ada bebas daripada jangkitan kuman ke tak bebas ke kan. entah entah kes muka kembung tu sebab dah memang darah kat muka makcik tu berkuman tak? sebab tu lah bila lintah tu menyedut muka beliau, terhasil lagi satu fenomena darah kotor yang bergabung dengan darah berkuman. entah entah, 2- 3 jam lepas lintah tu sedut, lintah tu pun meninggal sebab tersedut darah berkuman tak? HAHA okay fine. gua sudah cipta teori sendiri. janganlah lu orang percaya sangat. gua memang suka gebang gebang nih :P


dah lah. gua nak pergi survey jap mana mana tempat yang gua boleh buat rawatan nih. ada cadangan? apa lagi, kongsi lah dengan gua!

notakaki :: 'gua' ganas tak hari ni? kecut tak ? baik 'lu orang' kecut, kalau tak ... gua tabur lintah kat depan rumah lu orang jap lagi!  =.="

2 comments:

Miss ieDa @ dato' siti said...

wa kecuttttt laaaaa...hahahahaaa

izzatizamburi :) said...

huh! naseb baek lu kecut. gua baru ingat nak cari lintah satu feri kasi tabur depan jeti langkawi!HAHAHA