Sunday, November 06, 2011

my first time ;)

assalamualaikum

selamat hari raya aidiladha buat semua umat islam out there!

okay seriously raya di perantauan takde laa tacing sangat. 
boleh la sembang , raya haji kot. cuba raya aidilfitri? cuba lahh! baru hang ketahuan! 
hihihi okay silap fakta.

okay seriously raya aidiladha di perantauan takde laa tacing macam raya aidilfitri =.="

for the first time, aku solat hari raya setelah 20 tahun aku hidup.
okayy jage sikit hati tu, jangan nak mengumpat aku sangat. bukan aku nak menunjukkan kejahilan aku, tapi dah memang aku tak pernah ade kesedaran sebelum nie. atau mungkin sebab dah 20 tahun dan matlamat utama menjadi seorang yang matang? hanya Allah yang mengetahui. sekurang- kurangnya aku jujur dan aku betul- betul berniat nak buat. much better dari kau pergi solat raya tapi dipaksa atau sekadar nak tunjuk bagus. oopss! sorry! selamat hari raya! heee ;)
apepun, syukur alhamdulillah aku berkesempatan menunaikan solat sunat hari raya aidiladha.

dan kedua, for the first time jugak aku beraya sakan macam hari raya puasa di hari raya haji tahun ini. makanan hari ni semua ditaja! tak payah risau cafe tak bukak. pagi- pagi lagi, dah dapat makanan sponsor dari masjid ipda, tengahari,  lecturer dah ajak makan kat rumah beliau, petang, pergi rumah cikgu syuhada pulak. makan sup semua bahagian lembu, petang sikit lagi, pergi rumah besan cikgu keyna pulak, dijamu makan laksa lagi ! 
perghhh memang maju ke hadapan la perut aku hari nie. 
malam ni pulak, ke rumah lecturer lagi! 
haaaa, jangan nak kata aku bandar sangat laa! aku memang duduk kampung tapi nak buat macam mana, dah tempat aku tak berapa nak sambut raya haji nie. 
selalunya, sup tulang memang ada masak, tapi buat makan tengahari lepas tu settle. pagi- pagi abang aku pergi solat raya, aku pulak enak dibuai mimpi siap dengan baju kelawar. pukul 10 pagi, jaga-jaga laa, pasti puan ibu kejut bangun menggunakan senjata utama. 
iaitu MULUT! kehkehkeh ;)

"woiii, bangun nak oiii.. raya nie.."
boleh tahan lagi.

"korang nie tak reti malu ke? bangun pukul 10 pagi! malu la sikit nanti entah ade orang datang ke, ape ke..bla bla blaa blaaa.. orang raya bangun awal! blaa bla blaa.. ni korang.. bla blaa blaa.."
haaa, kalau keluar kata-kata nie dari mulut puan ibu, siap sedia laa! sila la bangun sebab tidur kau takkan aman dah lepas tuu. kalau tak..

SRAAAAPPP!! 
*sound effect bukak langsir bilik besar-besar*
PAPPP!PAAPPP!
* tutup segala bagai suis yang boleh mengundang keselesaan*

aku pun mula bertindak " oouuuuhhhhh,cair~.. " gara- gara terkena sinaran matahari! 
hehehe hiperbola sangat!

===========================

kesimpulannya, saya bersyukur sebab dapat buat solat raya dan sambut hari raya dengan gembira pada hari raya aidiladha tahun ini.
DAN
sesungguhnya leteran seorang ibu merupakan muzik yang sangat indah di dunia!so.. rajin rajin lahh dileteri!hohoho :)

gambar kegembiraan? 
pasti laa ada! esok lah kalau rajen! jumpa lagi! 
bubyeee ;))


No comments: