Friday, December 30, 2011

2012.

first of all , ending Tentang Dhia memang best ! setuju sangat Zikir meninggal dunia daripada terlepas ke tangan Rose ! hehe . okay tak perlu nak bincang sangat hal ni . banyak benda lagi kena kasi fikir :)

well assalamualaikum semua .

tahun ni , tidak seperti tahun tahun yang lepas , aku nak buat advanced wishes to all of us . happy 2012 semua ! sebabnya aku mungkin akan ambil masa yang sangat panjang untuk update semula blog nih . biasa lah , first time nak dodok umah sewa kan . internet PERLU jatuh ke tempat yang agak bawah untuk difikirkan . heee ;)

so , memandangkan ini entry aku yang terakhir untuk 2011 , agak banyak jugak benda yang aku nak tulis . lepas ni kalau aku hilang ingatan ke , boleh baca balek blog nih , boleh laa aku senyum sorang sorang . tapi terasa sangat malas nak tulis setiap satu memori untuk setiap bulan . agak agak jela mana gambar terpilih je aku cerita :)

okay warning . benda benda aku nak story ni agak panjang . kalau malas nak baca , tiada paksaan . sebab , motif aku berblogging is more to keep all the memories i had gone through . peace  ;)




okay gambar ini mengisahkan tiga orang pelajar PISMP SEM 1 yang feeling feeling jadi cikgu masa buat SBE (School Based Experience) kat Sekolah Kebangsaan Ewa pada bulan Mac 2011 . almaklum lah , baru first time masuk sekolah . seminggu pulak tuh . nak nak , cikgu pemulihan kat sekolah tuh tengah cuti sakit . jadi , kami telah diberi kebenaran oleh Guru Besar iaitu Cikgu Ramli untuk mengendalikan kelas pemulihan selama seminggu disamping menyiapkan tugasan tentang pelajar kelas pemulihan . memang feeling habis lah kami bertiga ! hehe :)


ajar menyanyi disamping kenal ejaan . habis dah takde idea dah nak ajar apa . maklumlah, sekali lagi saya ulang . baru first time masuk sekolah :P
kenangan yang agak cannot go masa tu ialah pada hari pertama dan kedua . tapi kalau nak diikutkan memang hari hari ada je benda kelakar yang jadi . nak dijadikan cerita , budak budak kan , perkara paling malas nak buat ialah ?

GOSOK GIGI lah babe ! tapi oleh kerana penangan cikgu cikgu feeling nih , perkara yang malas bertukar ke perkara yang rajin! kot :]

hari pertama , gigi punya lah kuning siap berkerak . berapa hari tak cuci pun aku tak pasti .
masuk hari kedua , naaahhhh ! putih berseri okay ! see ? hebat tak hebat lah penangan kami ? haha . 

ingatkan aku je yang perasan perubahan dia , bila tanya cikgu feeling yang laen , dorang pun perasan gak . okay memang gelak kuat la kitorang ! macam macam .



motif gambar yang ni pulak ? gigi lagi ? haha . over tawwwww . bukan bukan . gambar yang ni masa aku buat SBE untuk kali yang kedua di Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff . sekolah rendah aku dulu , merangkap sekolah yang pernah diajar oleh arwah ayah juga merangkap sekolah baru puan ibu menjelang 2012 . tahniah mummmmmyyy ! :D

gambar ni aku suka sebab bila tengok feeling feeling macam Selena Gomez ! perghh gila tak bermotif kan ? aku taw , tak payah sebut . walaupun dengan tudung kembang kena tiup angin , mata tutup abis macam orang berjalan sambil tidur dan lengan baju tersangkut dekat buku , aku tak kira ! suka jugak ! haha . saje nak upload sini in case laptop aku rosak in future and aku tak sempat nak buat back up gambar ni . gila futuristik aku nih . minda kelas pertama ! :)





yang ni pulak . pasti lahh November punya kenangan kan ? yepp on my 20th birthday . best sangat sebab my best friendsss kat ipda at least ingat and much more terharu bila dorang celebrate macam ni . 

before ni , on my 18th birthday , dorang buat prank kat aku . kene simbah air tengah tengah malam . aku menjerit tak ingat dunia ! sejuk kot . sampai warden asrama masuk blok cari kitorang and budak lelaki kat blok sebelah pakat keluar nak tengok kot kot ada budak perempuan kena histeria . hahaha . tapi sampai sekarang warden tak tahu lagi siapa yang kena 'histeria tuh ! :D

masa birthday yang ke-19 pulak , dorang buat buat lupa birthday aku . pukul 12 lebih tengah malam tu, aku dah nak tidur dah , tiba tiba si cikgu syu mintak tolong teman turun bawah nak isi air water cooler . aku pun follow jela . sambil handphone tak lepas dari tangan . yela , mase tu feeling feeling artis lah , dah semua nak jadi orang pertama yang wish birthday . kena la ucap thanks atas hard work dorang kan :)  waktu tu memang dah redha dah , cikgu syu tak wish langsung kat aku . padahal dia bukan tak nampak aku dok busy tekan tekan habdphone tuh . tacing babe ! pastu dah isi air , naik bilik . bila bukak je pintu bilik , SURPRISE!!! . ya allah !! gila terharu aku untuk kali kedua ! dorang dah berkumpul kat dalam bilik to celebrate my birthday ! dengan kek gambar princess , gila cute sangat ! sampai lupa aku nak tangkap gambar kek tuh . excited punya pasal .

okay cerita pasal birthday yang ke-20 pulak , aku dah letak kat entry yang lepas lepas . hehe malas nak ulang balek :P




so 2012 . please please please be kind to me . ya Allah , please give me a full-of-love life on my future . amin ya rabbal a'lamin :)



happy new year semua ! semoga hari esok lebih baik dari hari ini ! loves :D



4 comments:

cherytaku!! said...

tulisan tu lain kali kecik la lg,,=P

izzatizamburi :) said...

okay akan dipertimbangkan utk next next next entry :P

Miss sYiDa said...

ya ak juga hrp friendship till d end ya..huhuhuu..

p/s::hrp 'dia' brubah..xmau disakiti lg..sob3..da bnyak sakit sbb 'dia'..ko tau kn...huhuhuuu... :'(

izzatizamburi :) said...

baru dapat reply sbb ehem2 phm2 jela!haha :D

yeah friendship forever! :)

amin, semoga kita semua menjdi lebih baik in future :))