Thursday, December 20, 2012

This is it! :)


assalamualaikum..
and... in the end, my result came out!
alhamdulillah, i managed to improve mine.

0.16 more than the previous result.
it wasn't that much but i really thanked to Allah for this improvement.
at least i could adjust more on my cgpa.
much much glory for my dayssss!

not to forget, Congratulations to my friends!
frankly speaking, their results are much better than mine.
but don't worry, i am not sad.
but i am so glad of your achievements. i do :)

i always make a believe that everyone have their own ability.
everyone will face their up and down of their life.
so, should we be a jealousy person towards what others have?
no no no. chill la :)

the most important thing is..?
THIS IS MY ABILITY AND I AM PROUD OF IT.

"u want more, u try harder."
that's it!

looking forward for the first class graduates on the day ^^,

and now, counting days for 2013.
with new wishes to motivate myself!
insyaallah.

Thursday, November 29, 2012

Finally...this is LIFE!


assalamualaikum wbt :)
sudah nak dekat sebulan aku duduk di rumah mengembangkan bisnes penternakan lemak lemak 1 Malaysia!mwahahaha :D

so, nak dijadikan cerita kali ni, hari sabtu lepas i went to shah alam to meet my girlfriendssss!what a life!aku happy sangaat dapat jumpa diorang. 8 years kot tak penah jumpa!haha okay aku tipu. slalu contact mesej je, kalau jumpa pun bukan sebab nak have fun macam tu.hehe. and ape yang buat aku jadi teruja bila aku dapat jadi budak UiTM Shah Alam untuk sehari.dapat tumpang tido pun bolehhh.haha serius batak. tapi serius aku batak la jugak sebenarnya. aku tengok kolej dia best sangaaaaaaaaaaaaaat nak dibandingkan dengan kolej aku. erkkk, ade yag kena buang maktab ni kangg!haha.bukan apa, aku tengok semua keperluan student memang disediakan dengan baik. plus, kebersihan terjaga. best best :D

okay actually bukan tu yang aku nak cite sangat. it's about what we did on that day!citenye bermula bila aku kena travel sensorang ke shah alam dengan bantuan driver aku. perghhh mewah mewah! aku g sane driver anta kot. korang mampu?haha.tapi driver aku hari tu, buat kerja amal, semua orang dia nak bagi tumpang. aku follow jela. AKU NAIK BAS LA!haha.so sampai kat klang sentral, girlfriends datang amik and we straight went to Sunway Pyramid. oh yeahh.

sampai-sampai je perut dah mintak makan. maklumla duduk rumah,makan cukup so dia manja sikit.tak boleh lewat makan sikit mula nak meragam. sweet sangat.so kitorang pun pergi cari tempat makan dalam tu. yang paling tak boleh blah, konon nak try makanan baru. masuklah satu kedai ni. welcomers dy bukan main lagi. meriah betul. kitorang pun amik seat.skali tengok menu, NAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHAIIIII! paling murah RM22.40..jengjengjengg..dengan bajet seorang student yang pergi jumpe girlfriends untuk berjimba, aku memang tak saran. gile nak abis duit macam tu je kat makanan?No Way!tah sedap ke tidak.tobatttt..pastu, the funny part was when ktorg nak keluar dari tempat tu.mhahahaha..
(TIPS : muka perlu ditebalkan setebal mungkin, buat buat tak nampak orang lain ataupun buat buat tengok handphone kononnya got to go sampai tak sempat nak makan.confirm lepas. and 1 more thing, set dalam otak yang korang takkan jumpa lagi orang kat kedai tu :D )
last last kitorang makan kat BK je.okay la..

lepas dah makan, hati terasa riang namun tanggungjawab sebagai seorang muslim JANGAN kita abaikan. tediiaaa!so we all pergi surau mintak dipermudahkan urusan.hehehe

next patutnya nak main ice-skate tapi malas sebab kena queue up panjang sangat. same goes to wayang. takde mase la nk buang buang mase beratur. so jalan pergi naik atas carik game lain. taw ape? Archery!wahhh, aku sangaaat Robinah Hood hari tu. hahaha. best memang best tapi disebabkan masalah yang aku hadapi masa tu, aku tak bape nak boleh enjoy sangat,huuuu sedih. but still aku seronok sebab dapat experience main archery tu ;)

then, headed to cinema. tapi melencong ke tempat game. alaa yang token token tu.hambek kau jadi budak kejap. ehhhh, wajib la jadi budak dah kalau jumpa girlfriendsss. we will never be mature when we are together. tu yang pasti :D

lepas maghrib, pergi Ole Ole Shah Alam pulak. buat ape? we did charity. which is, menyumbangkan suara.hahahah..karaoke bhai. sampai pening kepala aku bergelak tawa n teran suara.bak kata orang ALL-OUT abis la. sumbang tak sumbang belakang kira.hahaha.

habis karaoke, ingat nak balik. tetiba tuka plan nak tengok wayang. then we all pun cari kedai makan dulu, melantak western food pulak. berganda-ganda untung bisnes aku.haha.lepas makan pergi JJ Bukit Raja pulak beli tiket nak tengok Twilight. nahhhh, 11.50pm! overrrrnight sangat.

masuk wayang mula mula aku rasa dah tak boleh go dh, tapi cte tu tersangat lah best sampai tak sanggup nak tidur. tengah2 tengok tu pulak laa,penyakit aku si Cik Asmaradana nak datang. dah la inhaler dalam kereta. aku tahan, tak nak kua punye pasal. tahan punye tahan sampai la cite tu habis. alhamdulillah, Allah masih beri aku peluang untuk bernafas macam biasa sampai sekarang....

part yang paling panic bila nak masuk maingate UiTM jam 2 pagi. otw nak balik tu,macam macam alasan we all create. nk masuk g library la, ape la.last last sampai kaat pintu masuk, guard wat relax je. alhamdulillahhhhhhh!

masuk bilik, macam biase la . cite lame tak mungkin tamat kat situ je. we had our Pillow-talk sampai pukul 4 i guess. baru la tido. terkekek kekek gelak bile tingat kisah lama. kisah 'Suamiku Maruahku' pun ade. tah ape laa!hahaha

and the next day,bangun pagi je sambung gelak. then pergi mandi same same, gi makan and berpisahhhh :(

whatever it is, aku memang best sangat!.thanks girlfriends!at least i have something new about us again!love it :D
yukk ketemu lagi yaa!

here are some pictures of our precious moment!











and lastly, a BIGGG thanks to mother for allowing me to hang-out with them. love yousss! :D

Tuesday, November 20, 2012

desperately looking for friends! HAHA noob.


rasa macam nak menangis sebab terrrrrrrrrrrlalu bosan!
cuti yang paling membosankan.
adik kecik pergi berjimba dekat rumah sedara kat kl.
adik besar tengah berperang dengan SPM.
puan ibu sibuk dengan hal sekolah.
aku?
setiap pagi bangun dah takde orang kat rumah.
sampaaaaaaaaaaaai ke petang.
malam boleh buat ape sangat?
tv? Boriiiing~
aku boleh gila kalau berterusan macam ni.

GILA tahu?
kalau poket penuh, dah lama aku travel.
tediiiia!
KALAU yang tah bila bila boleh dapat.


baik duduk kat Jitra je.
keje kat sane, cukup bulan boleh gak aku tukar handphone lagi!
ni x, duduk tercongok kat umah nie.

-what-a-life-

cepat la disember!nak gi family day and get a life.

=______________________=

cuti yang membosangkangggggg =__="


cricket sound.

bye!

Friday, November 16, 2012

1 December 2012 ;)


assalamualaikum..

dah kenapa dengan 1 Dec 2012? jeng jeng jenggggg!
Engagement Day.

terkejut? serius aku tak tipu. jemput laa datang yang dekat-dekat tu.
tema purple pink. hehehehe.

9 balas 7 je. x grand mane pun. pelamin and hantaran pun puan ibu yang sediakan.
alahaiii malu la announce kat sini. ^_^

jemput la eh? bile nak langsung?
insyaallah kalau takde aral melintang, dua-dua pihak dah setuju bulan 4 tahun depan.
doa-doakanlaa jodoh panjang. amiiiiiin.

ouhhhh, agaknye macam nie la rasenye kalau sampai turn aku nanti kan?muahahaha. untuk makluman, pada tarikh nie kakak aku akan bertunang. i mean kakak tiri. ahh abaikan. kakak la jugak tu kan? dengan orang Johor tak silap. first time ni merasa family sndri nak bertunang. hahaha. puan ibu bukan main excited sediakan barang2 hantaran semua. untunglaa kreatif. tapi x jatuh kat aku kreatif tu. malangg malangg.

cakap pasal nie kan, agaknye puan ibu memang excited kot buat preparation. sampai tadi puan ibu tanya aku.

"ko dek, bile nak tunang?"
nahhhhhhhhhhh, terkejut mak jemah dengar soalan cepu emas tu sambil malu-malu.
cehh, geli je.

tapi kan, tu maksudnye greenlight ke saje bergurau? haa, aku dah confuse nie. jangan wat aku naik awan nanti payah nak tarik turun. mahahhaat magandi btol.

harap ibu memang joking je. tolongla jangan serius dalam joking. malu laa nak tunang tunang nie. i'm still younggggg, mother.hehehe.takpe dont worry. aku tak mampu nak langkah sampai 2 bendul. tunggu abg kecik and kakak settle dulu :D

okay then. BRB. daaaa~

Thursday, November 15, 2012

everybody, it's Thursday! ;)


assalamualaikum wbt :)
since it is Thursday and i've been 4 days in my Home Sweet Home. oh yeahhhh ;)

sebelum terlupa, salam maal hijrah to all muslims in the universe. Toooodia!..semoga tahun baru nie bawak semangat baru, hidup baru, perangai baru, berat baru (muahahaha) untuk aku dan semua orang. amiiiiin..

okay. yang sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis pasal ape sangat. tapi disebabkan tangan macam nak menaip, aku fikir berblogging is the best way. yelaa, daripada aku merepek tah ape kat word tu, it's better aku tulis kat sini kan? tah la macam takde motof pon ade ape aku tengah buat sekarang nie. pathetic Me!

ouh, hari selasa lepas asar hari tu, adik kawan rapat aku meninggal dunia. umur baru 18, sakit leukimia. innalillah. kesian sangat tengok emak arwah (cikgu sekolah menengah aku dulu). mesti dia terlalu sedih, anak dia yang masih terlalu muda dah pergi tinggalkan dia buat selamanya. mane tak nye, sampai duduk terkulai layu la ayat novel cakap. hmm, semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. amiiin..

cite pasal cuti ni pulak, there's nothing special plan yang aku nak buat. actually, dlu ade la ingat nak stay lama sikit kat kedah sebab nak keje. tup tup plan kena ubah. so bile dah balik sini, susah sikit la jawabnye aku nak keje bagai. plus,kene jadi cikgu tuisyen untuk adik kecik aku tu. taun depan dah nak PMR, tapi result exam hari tu, Subhanallah! macam lagi 4 tahun nak PMR!geram je aku tengok. harap harap boleh la tolong sikit nak improvekan dia punya result.

rase tu je kotuntuk hari ni. kotuntuk??kotuntuk pon bolehhhh!!haha. spacebar aku nie problem btol la~

okay semua. assalamualaikummmm! kalau tak jawab dosa, kalau jawab Gatal! (dah pulak? ni pengaruh cte Hantu Kapchai la nie.tah ape laaa.sengal betul)

Friday, November 09, 2012

what's on your mind izzati ???!


what's on your mind la weh?
what the helium are you thinking about?
enough means enough la.
no more all those stuff.
just forget everything.
it's NOT your life anymore.

Wednesday, November 07, 2012

FreeDom Ma chalei Dum Ma chalei dum!

asslamualaikum......................!

alhamdulillah, selesai menjawab paper terakhir untuk sem ni petang tadi!walaupun soalan yang agak ERRRGHHH, tapi nasib takde yang aku tinggal kosong.
harapn sekarang nie, nak lulus ja. pointer tinggi rendah tolak tepi. nanti kalau dah dapat tahu semua subjek lulus, baru fikir balik pasal pointer rendah ke tinggi.agagagaga..

sekarang? time to relax and enjoyyyyy! rasa lapang tak payah fikir ape ape dah. tak sabar nak jalani hidup macam ular sawa!wakakakaka. tapi jangan nak berharap sangat. kat sini (rumah sewa), maybe boleh macam tu. kat rumah? NO WAY! nak try kena dengan puan ibu, cuba buat jadi ular sawa.

so sementara tak balik rumah, akan ku enjoy tengok movie sampai termuntah!muaahhahaha. HEAVENNNNNNNNN ;)

okay then. time to to swimming swimming swimming! happy holiday olls!lebiu! assalamualaikum :D

Saturday, November 03, 2012

happy BORNday to me ;)

assalamualaikum 3 november 2012.
jyeahhh, today is my big day! yeayyy!!happy birthday to me!
i am now 21 years old! 2 more years to go to be called a graduated student! insyaallah :)
thanks everyone for all the wishes. may Allah bless us!

first of all, berinfinity kasih buat ibu tersayaaaang sebab dah melahirkan, mengasuh, melindung,menjaga,memberi kasih sayang dekat adik. i really don't know how to express it in a real way but what i really know is i love you so much! i really can't go through all the hard times and pain i ever had without u. thank you very much, ibu!



seriously, today is a very special day for me. as predicted, my housemates do suprised

me last night! thank you korang! aku sangaat tak terjangkau difikiran yang korang nak buat macam tu skali dekat aku. sangat terkejut, terharu and happy! nak tahu ape diorang buat?

around 11.55pm (2 nov 2012), mase aku tengah lepak makan, suddenly diorang datang dari belakang sambil nyanyi lagu Happy Birthday n pegang kek. tibe2, aku tak sempat nak mengucap, 'ketepekkkk!!' , telur ayam atas kepala! damnnnn! aku? terpaksa redha mengenangkan masa tu dekat tempat awam. then, ingatkan dah abis. tibe2, nahhhhhhhhh..pati sirap+isi telur disapu kat muka aku. urghhh, sangat face-mask!aku?masih redha. dalam hati "okay takpe. mesti dah takde lagi, tempat awam kot. xkan diorang nak buat teruk2"..n 'splashh!!' air pulak!aku dimandikan di khalayak ramai. puas!

dah tu xpela, we olls makan-makan kek kejap, minum-minum and balik rumah. AND AGAIN! air teh susu+salad buah+air busuk tah ape tah lagi+tepung! omaigoddd!sangat tak tau nak cakap macam mana. nak jerit, kawasan kejiranan. dh tu, yang last sekali, kne simbah air satu badan! nahhh, terus kesejukkan and rasa agak semput!hahaha.







i got a special present from someone.
really love it as i really need it now.


a purse!
thank you thank you thank you :)


whatever it is, korang memang osem!we quarreled a lot, but we build the friendship a loads! i love US! thank you!!! :D

"Let us be grateful to people who makes us happy, they are the charming gardeners who makes our soul blossom!"

be right back :)

Tuesday, October 16, 2012

Nice October. Thanks Allah :)

assalamualaikum. 11 Oktober 2012. tarikh nie, takde la special mane tapi yang best sebab aku dapat bergambar dengan abang Yus. wahh, kelas kau mariaa! abang Yus, kalau orang luar memang tak kenal la sape. tapi cube kalau sebut Sutun a.k.a Adik? haaaa, baru glamour mak jemah!haha.propa giler. disebabkan abg Yus nie budak DPLI kat IPDA, so aku amik kesempatan la bergambar dengan dia. at least nanti ada benda nak tunjuk kat anak cucu yang aku same tempat belajar dengan pelakon. HiHiHi.
13 Oktober 2012. tarikh ni merupakan antara tarikh yang best sepanjang bulan Oktober 2012 aku. sebab, secara tak sengaja aku dah buat apa yang aku tak pernah plan. u know what? aku tak suka suprise tapi aku sukakan unplanned things to happen!Hihi thanks friends! ^^
14 Oktober 2012. tarikh ni pulak, tarikh kakak aku konvo. alhamdulillah, lepas sorang lagi. boleh aku pau gaji kakak lepas nie.muahahaha! congrats kakak manis.. *bodek bodek*
15 Oktober 2012. okay pada tarikh nie, we olls (me and classmates) ada jamuan kelas. for the first time, alhamdulillah, semua budak kelas manage to attend jamuan tu. and the best thing is masa tuka tuka hadiah, i dapat bantal android. comel. siap ade smiley smiley gituuu :)
okay sampai situ setakat ni. wishing to have a better and great October, November, December and 2013! amiiiin :) :) :)

Friday, October 05, 2012

pinjam penyapu sawang sat boleh dak? :P

hai assalamualaikum salam sejahtera salam satu Malaysia salam perpaduan ;) almost sebulan lebih aku x update blog nie kan?smpai blogger.com dah tuka homepage pun aku tak tahu. haha kesian gila. tapi best gak yang baru nie, space nak tulis besar sikit compared dengan yang lama, kecik te'ot je. okay okay, nak tahu kenapa aku tetiba rasa nak update blog? sebab ade klasmet aku yang sorang nie, tetiba ingatkan aku balik yang aku rupenye ade blog!mwahahaha. pak chad name dia. suke mengata aku cakap aku gemok! ouh, perkembangan terbaru, memang aku makin 'bersemangat waja perkasa' pun sekarang nie. tah kenapa cepat je naik berat, metabolisme rendah kot. *dan2 aku salahkn metabolisme kan?haha* okay it's not that yang aku nak highlight kat entry kali nie. sebenarnya tujuan utama aku just nak update ape yang aku buat sepanjang september lepas sampai x sempat lah nk up entrybaru. YB sangaaaat!hahaha. tapi masalah utama sekarang, aku dah lupa. so kita cakap pasal benda lain jela eh? haha xde motif btol =__=" pasal ape eh? haaa pasal berat badan pun best jugak!aku tahu kalau pak chad baca nie dia mesty tengah syok!sila la syok byk2..aku perasan gak sejak belakangan ni, aku nie makin tuttttttttttt!ahaha!bukan sorang yang tegur, berorang-orang! eh, sejak bila kau ade nie?sambil pegang lemak aku, kureng btol. ozie, dia cakap kau makin tembam. fine....yang paling tak boleh blahh ade yang tanya. ozie, baby sihat?mwahahaha, aku layankan aje ;) okay aku tak pregnant eh, tu memang cara kawan2 aku bergurau senda ngan aku, kang tak pasal ada yang bagi hadiah set baju baby kat aku.wkwkwkkwkwkwk :DD kesimpulannya, maybe aku tengah happy kot. alhamdulillah sementara boleh happy,jangan sekat. nanti Allah tarik nikmat tu kan dah menyesal. nak kurus ke tak? mesti la nak. tengah cube slow slow la konon. tapi nak buat cemana, aku nie turun bukan main payah, naik semudah ABC! so people out there, jangan expect orang lain macam kita k. lagi lagi dealer produk kurus segala bagai tu, kau takde kat tempat aku, so jangan nak pandai pandai cakap aku tak usaha, haaa kan dah emotional?hahahahhaahaha! okay lah, merepek tak tahuan hala dah nie. aku mintak diri dulu. assalamualaikum daun keladi, esok esok jum, kite jumpa lagi. haha, pntun dua kerat yang FAIL! okbye! :DD

Friday, August 31, 2012

happy birthday MALAYSIA!






happy birthday to my beloved country, malaysia!
i heart you so much!
thanks for all the calm and peace!

THANK YOU ALLAH :)





Saturday, August 25, 2012

BIG THANKS!


assalamualaikummmms semuaaaa! ;)

alhamdulillah dah sampai jitra kul 5 pagi tadi. assignments tengah tunggu tu, ye aku tahu -_-"

tahu tak?semalam aku dapat a big suprise! big ke?big la jugak?actually tak big sangat tapi hati aku ni macam nak pecah sebab terlalu excited! tak big lagi ke macam tu?haha ok abaikan big tak big.

know what? my oldies friends datang beraya ke rumah. ohmyyyyyyyy aku sangat terharu and excited sangat sangat! thanks korang , thanks sangat sangat!datang la lagi next time, jangan jemu pulak taw!huhu ^^





they are my special and precious guests for this year!my precious guests yg lain tak sempat nak datang lagi.takde rezeki nk jumpe..huhu

till we meet again. bubyeeeeee ;)

Friday, August 24, 2012

Happy Eid Mubarak 2012 ;)


assalamualaikum wbt.

first of all, im wishing SELAMAT HARI RAYA to all muslims!

and boleh tak kalau tak nak cakap banyak? nak letak gambar je. boleh kan? :P

here we gooooooooooooooooooooo!








*lepas raya assignments pulak!pengsann =__="

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri 2012 ;)


assalamualaikum. motif berblogging tentang raya hari ini?
takut tak sempat nak update esok. heeee ^^

okay guys, as u all knew already. this year im gonna celebrate my Eid with my BIGGGG FAMILY. should be fine and much much much more glory celebrating Eid together! and frankly speaking, sure i cant wait for it. please dont ask me why, i just changed my perception and trying not being paranoid. bhahahaha! insyaallah ;D

u know what? we often hear to a saying
"bersederhanalah di bulan Syawal, ingatlah mereka yang kurang bernasib baik meraikan hari raya dengan serba sempurna"

and this year, this saying DO touched my heart. wanna know why? come, let me tell you.

last month, me n friends went to penang. as Asar was getting out of time, we went to the nearest mosque, i cant remember the name of the mosque though. teruk betul lah memory aku ni, perlu tambah gb. and, we met an aunty. a converted chinese woman i guess. then, just right after we performed our Asar, we decided to stay in until Maghrib and continue our unplanned-hangout. nak dipendekkan cerita, she is an Orang Kelainan Upaya which she cant talk like us. she was using her sign language to talk with us, and we DO USE OUR SIGN LANGUAGE too!bhahaha, suka hati buat bahasa sendiri, nasib aunty tu faham. we greeted each other and alhamdulillah i managed to get her phone number and we are still contacting each other till now. but the quite-touched part is when she messaged and told me that she is fasting all by herself during Ramadhan. and i dont know how's she going to celebrate her Syawal. pity aunty Nurul Huda. oh yesss, it's her name, sedap kan? well, here is our pic together. menyempattt! :D







nampak gambar biskut-biskut tu? aku yang buat!achamaenonnn! :D
jemput mai umah kalau nak rasa, semua sedap belaka!ecewahh!

selamat hari raya maaf zahir dan batin! pandu cermat jiwa selamat ^^

Thursday, August 16, 2012

Tuesday, August 14, 2012

if i say so, i meant it.


assalamualaikum.

hari nie aku sedih. taw sebab ape? sebab aku terasa. taw sebab ape? sebab aku dah makan cili tu dan aku rasa pedasnya. tapi trust me, i dont have any intention to make u feel dat way.

guess what? i sangat tak expect benda nie.

kalau aku cakap aku sayang, aku sayang. kalau aku cakap aku tak suke, aku tak suke. kau dengarlah 10 ribu kali pun aku kata aku sayang orang lain, tetap tak sama macam aku sayang kau.

sometimes, aku memang terOVER berblogging. aku mintak maaf.

one thing : i care about everyone who cares about me.


Sunday, August 12, 2012

friendship ;) #part IV

assalamualaikum wbt ;)

heyy ya friends!it's me blogging from my HOME SWEET HOME!
guess what??
yeahh im back for this becoming Eid but please believe me, im not gonna feel free as u thought!
im attending my School Based Experience (SBE) from tomorrow onwards till Thursday.
this gonna me my awesome SBE as we are in the 4th and last semester experiencing this.
*should be awesome, can't promise anything.
oh btw, thanks Allah, me got a special day treat on Friday! it's a holiday!not a treat much actually =__="

oh friends, it's not that it's not that. totally not the aim of my blogging today. aim? aims? aimst? ahhh forget about that.

am gonna show u guys my girlfriends in Jitra.

we do crazy things together, we quarrel together, we talked bad about each other together, we were punished together BUT STILL we cared for each other, we love each other and we got it what we call FRIENDSHIP. oh yess this is a true friendship. how much you don't like me or her is just the same of how much you actually care about them :')

HOW CRAZY WE ARE ? come let me tell u guys :D

1. we rode our motorcycles from Jitra-IPDA, Jitra-Permatang Bonglai, Jitra- Alor Star. not that crazy? yeahh it is NOT CRAZY AT ALL for boys not girls! think about it. plus we gained the experienced where we got sued when one of us was trying to run from the police but failed!HAHA. oh people out there, dont misunderstood! dont blame her, it was just a non-planned reaction when we are tooo scare of something.

2. we took the risk together of not going to the important event in IPDA and we were spotted!to be frank yeah, we got LAM-PT per head. (LAMP-PT : a recorded paper of any student crime you did)

3. we went out late at night JUST to see the life of maknyah maknyah out there. please dont be suprise, i told you WE ARE CRAZY ;)

4. we enjoyed singing loudly like a rockstar with an innocent faces in only a JAMBAN KARAOKE BOX. please imagine on how we can fit in with 6 asses.muahahaha! MALAYSIAN BOLEH!

5. we talked bad about people (it's not mengumpat actually, it's more like giving some thought without the attention of the 'someone'. heheehe), yet we still cant see them in a difficult situation. we will try our best to help. even INSIST to help.

i dont think i could list out everything we did. next entry about FRIENDSHIP will maybe.hehe :D



us being sheltered at unknown's car. sukahati sajaa!haha ;D

Friday, August 03, 2012

LTNS, huh? ;D



assalamualaikum semuaaaaa !


terasa sangaaaaaaaaat lama dah x update blog. 


rindu nak update tapi takde mase. 
(feeling feeling PM lah konon. agagaga)


banyak sangat benda nak share nie, tapi takpela. let's make it simple. amik yang penting penting and happy happy je. so that in future takde la nak ingat benda merapu sedih Mak Tijah tu.


ouh before that, LTNS tu ape? haaaaaaaa, ce teka ce teka?haha. okay nanti di akhir slot, teman bagitau ye? :D


ada dua gambar nak share.


first, kenangan masa pergi program anak angkat di Sedim hari tu.




there you goooo! haaa, ini la family angkat aku mase kat Sedim. aku, cg syida n cg fattah telah diangkat oleh pasangan Mak Zauyah dan Ayah Abdullah. best sangat duduk kat sane even tak sampai sehari. 


"thanks mak, thanks ayah! insyaallah nanti kami mai Sedim lagi naaa, take care! ;)"




second thing yang aku nak share ialah gambar skandal baru aku, haaa..




okay tak payah nak terkejut sangat. ini laa cg syed. bisnes partner aku mase semester 3. tahu kenapa we are holding the same bantal peluk? woot woot!haha


okay itu sebenarnya hadiah dari kawan-kawan sekelas untuk kami berdua sebagai president and vice president mase sem 3 dulu. pandai betul budak kelas aku nie p bagi bantal peluk, makin sayang aku kat katil aku jadinyaaa :D


"thanks klasmetttt!kami sangaaaat sukakannya!hugs hugs font="font">


and ..
third thing is, ermmm belum terlambat kot kalau aku nak wish Happy Ramadhan to all muslims yang tengah baca benda ni? hehe. lekluuu, baru 2 minggu puasa, okay la tu .xlambat aihh :D


p/s : LTNS means 'long time no see' jer pun.. tak payah nak galakkan semangat inkuiri sangat lah!haha . till we meet again, assalamualaikum ^^

Monday, July 09, 2012

BIG semester 4 ;)

assalamualaikum

program anak angkat
9 - 11 julai 2012
kg. sedim, kulim kedah.

may Allah ease everything, insyaallah :D

Tuesday, June 26, 2012

sedih dalam tawa but alhamdulillah ;)

assalamualaikum.

alhamdulillah..result sem nie dah keluar.

mula-mula aku agak kecewa sebab pointer menurun.
3.61 jerrr?
=_=
tapi lepas dah fikir balik, it's okay izzati! at least itu usaha aku sendiri and mungkin tu je rezeki aku untuk sem lepas. life must goes on right? fine fine. just say alhamdulillah.

alhamdulillah.

alhamdulillah. berkat doa dari ibu and semua yang mendoakan. alhamdulillah.

aku bersyukur dan berusaha untuk terima seadanya tanpa rungutan, insya allah :D

Saturday, June 23, 2012

apa maksudnya kalau......

assalamualaikum.

ni nak tanya. kan orang cakap kalau mimpi ular, maksudnya jodoh nak sampai? betul ke tak ek? okay tak kisah la, yang penting aku nak tahu sangat ape pulak maksudnya kalau ..

kita mimpi pasal tsunami, tapi kita just dapat melihat, tak merasa tsunami tu?

dah banyak kali aku mimpi pasal benda nie, serius takut. huuuuu~

sayalah orangnye. hewhewheww

ingatkn memang dah tak nak jenguk tempat lama.
so, sebagai jiran saya tolong la sikit sikit ape yang mampu.
kalau tak bagi makan nanti tak membesar bagai johan pulak.
hikhikhik.


okay, memang kite je yang paham. kuikuikui~

Monday, June 18, 2012

mother's day ;)


assalamualaikum...



hari nie adalah hari ibu saya. ya, hari ibu saya dilahirkan ke dunia 50 tahun yang lalu. 18 Jun 1962.
thank you Allah kerana telah mengkurniakan saya THE BEST MUM EVER in the universe!

mum, thanks for being the greattttttttttt ,yeah! :D

tiada kata yang boleh dilahirkan melalui kata-kata. 

i just love you mum. sooooooo much! 


enough said.

Sunday, June 17, 2012

ayah ;)



u r my first boyfriend, my superhero. well said :D

semoga allah menampatkan ayah dalam kalangan orang beriman . aminnnn ;)

Friday, June 15, 2012

jitraaaa here i come bebeyhhhh! :DD

assalamualaikum wbt semua! :D

esok i balek jitraaa taw.ouh best best! bukak sem baru , semester 4!
subjects yang pastinya makin tough and kerja yang makin melambakkk!

excited terlebih nak balik sebab kali nie tak balek naek bas. my parents will send me back to jitra, oh yeahhh! erm erm nak bawak makan kat kat football marche, char kuew teow depan nasman and pastinyaa tutti frutti cawangan jitra yang baru bukak!agaggaga.. plannye macam tu la, tapi tengok jela nanti macam mane. hewhewhewww :DD

tetapi ye anak anakkkkk, nantikan result!
tediaaa debarnye dalam hati!huk3...

Saturday, June 09, 2012

KEBAHAGIAAN muncul juaaaa~


assalamualaikum.

okay aku tahu tajuk je dah buat orang rasa macam ERRRRRKKKHHH~

haha kisah pulak aku? hehe over pulak kan.

okay sebenarnya apa yang aku cakap kebahagiaan tu sebab ..

JENG JENG JENGGGGGGS!

tadi tibe tibe abang besar dan kakak ipar bermurah hati baik jantung limpa paru nak bawak aku, adek besar n adek kecik gi jalan jalan ke Teluk Batik nu haaaa.. sungguh tidak ku sangka! aku dah la memang teringin nak pergi sane jalan jalan feeling feeling tepi pantai, tup tup tanpa perancangan awal, dapat jugak aku pergi. walaupun dengan keadaan abg besar yg tak sehat..hehe alhamdulillah dapt gak pegi ~ ^_^


so disebabkan dah penat maen pasir tadi, aku letak gambar keriangan kami jela :) malas nk type panjang panjang :DD

ternyaata aku besaaar

thankyou :')

angin yang sangaaat kuat!

ombak rindu!wuwuwuw~

sudah cukup cukup sudahhh!haha

dream :D

kereta pasir atau boat pasir? CONFUSED!




anddddd..





le me yg membajet ayu! wakakakaka :DD


the end :D

Sunday, June 03, 2012

how i wish to be hereeeeeeeee ^^


assalamualaikum

HOW I WIH TO BE HERE. korang rase kat mane?

paris ? ya, dat's for sure.
number one for me. hahaha

and tempat kedua yang menarik perhatian aku.

DUBAI.
to be exact, EMIRATES MALL in dubai!
and to be moree specific is ?

SNOW PARK IN THE MALL.

cube korang google kalau nak tahu. sangaaat cool.
sesuai ni untuk pakej bulan madu! ada sape sape nak sponsor? sangat dipersilakan :)

okay.

celine dion cakap..
POWER OF A DREAM
wah gituuu :D

Thursday, May 31, 2012

aku benci orang yang tak pegang pada janji !

dulu masa kau perlukan aku, aku punya berusaha tak nak buat kau down!
sekarang bila kau dah ada kat atas, kau tinggalkan aku terkontang-kanting macam orang bodoh!


dulu punya janji manis, semua benda nak buat bersama.
dalam diam rupanya kau jalan sorang diri. ada kau tanya aku ?
HARAMMM.


aku tak tahu kenapa tapi aku jadi benci dengan perangai kau!


*aku sangat emosi sekarang.tolong maafkan aku sebab mengeluarkan kata kata kesat macam nie :(

Wednesday, May 30, 2012

wordless wednesday *4*

assalamualaikum




I miss my little me.


I miss it when i want something and i beg for it 'till i cry 
I miss when my mom used to ask me EVERY-day how's my school
I miss when my heart owned by my parents and God only not someone
I miss when i can sleep earlier 
I miss when i got a smart brain 
I miss my good memory
I miss my baby face
I miss my white skin
I miss my dresses
I miss my baby shoes 
I miss my kindergarten school
I miss my kindergarten teacher
I miss my oldies friends


:)

*seriously it's not that wordless actually. HAHA

Tuesday, May 29, 2012

baru aku faham erti fobia sebenar.


assalamualaikum.

aku. yes aku ada semacam jenis penyakit dalam diri.
iaitu fobia.
aku sangat fobia dengan .. ?


peningkatan suhu kereta

sebelum aku tahu kesan peningkatan suhu kereta ketika memandu, aku memang seorang yang sangat relax. bawak kereta tengah panas? ape ade hal.

alkisah suatu hari, aku berjimba dengan sepupu sepupu serta adik adik tambahan pula seorang kakak.
dari kampung di kuala kubu ke selayang mall. tak jauh pun kan?
memang, memang tak jauh tapi nak dijadikan cerita, masa on-the-way balik rumah, jalan jem.
tak cukup dengan jem, hujan renyai renyai plak kat luar. aku sebagai pemandu berhemah berlagak cool. sampai satu masa ...

"Dik, temperature naik!" kakak aku yang jadi co-pilot sambil menggelabah tunjuk kat tempat meter kereta.
GILA! memang temperature naik tahap lebih H. aku dah menggelabah.

"Okay okay, relax. aku tutup air-cond ea? bukak tingkap sikit" aku memberi arahan kepada penumpang engan tenang padahal dalam hati memang dah cuak. bukan cuak ape, takut kereta tak boleh gerak tengah tengah jem tu. tak ke malu? hahaha.

sesampainya aku kat rumah, maka jadilah aku si pencerita kepada mak usu. 

respon mak usu : habis air la tu ..
aku : *tenang*

esoknya, lepas ibu balik dari kursus, aku cerita semula kat ibu.

respon ibu : hah?? ya allah!!!ko tahu tak bahaya? nasib baik tak meletup kereta tu. kenapa tak check air kereta dulu sebelum keluar? ko ni pandai- pandai je, kalau ape ape jadi macam mana?
aku : apa yang bahayanya?
ibu : dulu ibu pergi Kelantan, satu kereta meletup sebab temperature kereta naik. habis satu family meninggal dunia.
aku : *whoooooooooooooooooaaa sumpah aku cuak*


sejak dari tu la aku mula rasa panik yang sangat melampau bila kereta yang aku pandu mengalami peningkatan suhu. serius aku tak buat lawak. aku sangat takut.

pernah sekali tu aku nak hangout ke Penang dengan housemates, tup tup temperature kereta naik. muka aku paling cuak dan rasa dah takde harapan nak hidup. hu hu hu hu :(

AND the worst part is ...

tadi ! aku pergi jalan dengan adik besar n adik kecil tiba tiba temperature kereta naik lagi! disebabkan dah dekat dengan TESCO, 3 botol besar air mineral aku beli nak tambah air kereta. wuuuuu cuak sehhh!


so guys, tolong la jangan main main dengan aku pasal suhu kereta ni. aku memang tak boleh nak respon dengan gelak tawa! demi allah aku sangat takut.


Monday, May 28, 2012

mr.holiday begins :)


assalamualaikum

baru sekarang ada masa nak update blog. best sangaaaat dah habis exam and here you go!

cuti untuk 3 minggu. it's time to be a body-builder! bhaahahahha!

okay guys, happy hols! enjoy your days everyone! :D

Thursday, May 17, 2012

musim exam sama dengan musim HACKER


assalamualaikum.

minggu exam aku kali nie dipenuhi dengan ragam hacker hacker yang baru sekarang dikenalpasti punyai bakat terpendam. oh yeaaah!

pantang tinggal facebook sekejap tak ber'log-out', tak sampai 5 minit, hacker sudah mula beroperasi.
oh yeaaaah! padan muka. barang sendiri kena la pandai jaga. haha

lepas ni kalau status facebook aku dok puji diri sendiri, tolong jangan kata apa, itu PASTI hacker punya kerja!

senang la nak masuk bakul angkat sendiri lepas ni, dengan syarat tulis 'hacker***' kat bawah tu. hakhakhak..oh yeaaahh? MEMANG TAK LAA aku nak buat macam tu. banyak lagi kerja..huhu

*kalau aku cakap entry kali ni ditulis oleh hacker jugak, ampa caya dak?hekhekhekkk ^^

Sunday, May 13, 2012

debaran kian terasa


takutnyaaaaaaaaa nak exam!huh~

EDU 3104 
tolong jangan buat hal. tolong la sediakan soalan yang senang je. tolonglahhhhhh.



motif ?? 

semoga semua pelajar IPG berjayaaa :)

Tuesday, May 08, 2012

somebody that i used to know.


aku pernah jadi kepentingan someone.

aku pernah jadi admin facebook someone.

aku pernah jadi penghibur someone.

but, people change you know?

lagu Adele, Someone Like You? ouh tidak.

Somebody That I Used To Know is better.

Anyone who limits her vision to memories of yesterday is already dead.

well said. 

semoga kita samasama happy dengan apa yang kita sendiri pilih. ohaiyogozaimasss! ;)




Monday, May 07, 2012

exam

please take note.


14 mei (isnin) - 2.30 ptg - EDU 3104
16 mei (rabu) - 2.30 ptg - PKP3106
22 mei (selasa) - 8.30 pg - PKP 3105
23 mei (rabu) - 8.30 pg - BMM 3117
24 mei (khamis) 8.30 pg - MTE 3102

study study study !!

Sunday, May 06, 2012

MAY


hai assalamualaikum.

hai everybody.

hai. it's MAY ! wishing you a veryyyyyyy great MAY in 2012 ;)

schedules of MAY

1) my 'Labour Day'
2) my Mommy Day
3) my small sista 14th birthday
4) my war dayyyy ! *exam..huhhhh~

sekarang tengah study week. harapan dan impian ingin study sepenuh masa. tapi tu la kan. 
-___-



woot woot! ape tuh ?
ouh, Labour Day present ;)