Tuesday, February 28, 2012

Monday, February 27, 2012

ber'steamboat' :D

serius rasa macam orang kaya. lagi lagi bila ada orang belanja! hehehe



lokasi :: rumah maksu cikgu mila :)
masa :: 830pm-1130pm. (pakej tengok lisa surihani+yusry love story at astro prima)
perasaan :: best makan free, rasa kaya, nak kahwin lepas tengok lisa! hihi <3

Saturday, February 25, 2012

besarnya dugaan ...





assalamualaikum..


entry kali ni aku na bagitahu tentang


BESARNYAAA DUGAAN .. HIDUP DI RUMAH SEWA !!


ohmyyyyy! seriously banyak dugaan! lagi lagi bab nak menDIETkan diri! FAIL! hari sekolah takpe lagi,,boleh tahan la jugak. bila penat penat, makan pun boleh buat nampak tak nampak je. mai time cuti hujung minggu ??


tudiaaaa!! dapat pulak housemates yang senantiasa rajin untuk memasak. memang terbaek lahh kan? jawapannya, berat akan meningkat bukan dalam masa dua hari cuti. entah entah lepas abih lunch berat naek 2 kilo! amekkauuuu!!


menu hari ni ialah MASAK LEMAK CILI API SIPUT PAIP !
haha netah betol ke tak aku letak nama menu tuh. hehehe. asalkan paham sudahhhh :)
so bila lauk ni tak digabungkan dengan nasi, memang takde LIFE la waktu makan tu kan? apakan dayaaa akan ku sentuh nasi juaa buat kali yang ke entah berapa selepas nak berdiet kononnyaaaa..kui3


haish, susahnya nak diet tanpa nasik nih !


Kbye! :D

Friday, February 24, 2012

new experience gained!


assalamualaikum

tadi pagi kelas habis awal sangat. bukan ade kelas pun sebenarnya. pergi kelas, lecturer takde, dia kena attend meeting tergempar kat Pangkor. hampeh betol. bukan nak habaq awai, kalau tau, tak p pon takpa. bukan ada kelaih lain pun. haishh bengkek bengkek.

so disebabkan kelaih abis awai, me and housemates pun cadang buat kerja gila yang tak gila sangat la tapi sangat best. nak tahu ? MENCARI SIPUT PAIP!!

serius best sangat!. kami p masuk celah sawah mna tak tau. kat dalam parit lagi. busuk pun busuk laa asalkan dapat gak pengalaman mencari siput. balik umah, cik syida p upload pulak gambaq-gambaq tu kat facebook. memang jadi artis laa kami! semua pakat tanya cari tang mana.hahhaha..esok esok abis pupus la siput-siput tu , naseb kami dah lepas :D 


ade sorangg pakcik ni tengah mengail ikan. elok kami sampai dia tolong cari siput sekali. terbaekkk :D


sekali kaut memang banyak gila! just kena kelaskan je. takut terambil siput gondang. bahaya katanya..ada racun ke ape ntah..hehe..

click untuk tumbesaran

so inilah hasil kami. siput paip tu dh bagi separuh kat budak lelaki budak kelas. upah sebab bagi pinjam rod pancing. tapi hampeh tak dapat ikan pun. hehehe.

yang kiri sekali tu bukan kepah taw. tu namanya siput kedaya. haaa pelik tak? tu la pelik jugak. aku tau tu pun pakcik tu yang habaq. 

yang tengah dan kanan sekali tu adalah siput paip. siput ni kena rendam dulu. bak kata cik syu, bagi dia muntah dulu. means, bia keluar dulu kotoran-kotoran(lumpur) dia. so nanti bila dah masak takdela terrmakan lumpur :)

okay itu saje. byeeee !!

* dah boleh la action action depan puan ibu. puan ibu selalu cakap kitorang rugi sebab tak dapat merasa tangkap ikan kat sawah. sekarang aku dah ade pengalaman ni, boleh cerita 7 keturunan laa ape lagi! hwahwahwa!! 

Monday, February 20, 2012

people keep talking. me keep moving. be strong bebeyh ! :)


assalamualaikum

semoga arwah pakcik (abang kepada puan ibu) tenang di sana. alhamdulillah Allah ambil nyawa beliau pada hari Jumaat. penghulu segala hari. macam arwah Usu hari tu. alfatihah.



congrats muchi muchi to the one i LOVE so much! may ALLAH give His bless to you both forever! 
momma, please do anything that bring you happiness! i love you :)


.married.

p/s:: ya, it's true..jgn tny aku mcm2. mls nk jwb.




Tuesday, February 14, 2012

mama sayang papa, papa sayang mama ;)

assalamualaikum


it's been 12 years since our daddddy left us! 
Rest In Peace Daddy ! :D


we love you! may Allah give HIS loves to you, daddy.



Monday, February 13, 2012

PATAH SERIBU HATIKUUUUUU..wuwuwuwu~


sedih. cinta tak kesampaian! wawawawawa~~~


kenapa kau buat aku macam ni MAT??? 

taw la dia bakal doktor, saya bakal cikgu jewww..

erm, takpe laa. semoga bahagia! huhu ;)

Sunday, February 12, 2012

kelasssss budak kelasssss i ! kau hado?? ;)

assalamualaikum

bergembira sakan bersama budak kelas pada hujung minggu! oh yeahhhh ;)

JITRA ==> KULIM ==> SG. SEDIM ==> ALOR SETAR ==> JITRA AGAIN !





























best sangat dapat berBBQ . berTREE TOP WALK dan bermandi manda dengan budak kelas! sampai nak terlemas aku. naseb baek ALLAH izinkan untuk bernafas lagi..huhuhu ;)

semoga ukhuwah bakal bakal cikgu PEMULIHAN nie semakin akrab. aminnnn :)

Saturday, February 04, 2012

terbaekkkkk la !

assalamualaikum.

Datin Seri memang patut baca surat ni.

aku sangat salute dengan keberanian dan teguran secara berhemah yang dilakukan oleh budak ni.

**tak semua orang berani buat macam ni. kalau cakap belakang, cukup pandai. tapi kalau bab nak suarakan secara berdepan, mula lembik lutut. aku la tu! hehehe ;)