Friday, February 24, 2012

new experience gained!


assalamualaikum

tadi pagi kelas habis awal sangat. bukan ade kelas pun sebenarnya. pergi kelas, lecturer takde, dia kena attend meeting tergempar kat Pangkor. hampeh betol. bukan nak habaq awai, kalau tau, tak p pon takpa. bukan ada kelaih lain pun. haishh bengkek bengkek.

so disebabkan kelaih abis awai, me and housemates pun cadang buat kerja gila yang tak gila sangat la tapi sangat best. nak tahu ? MENCARI SIPUT PAIP!!

serius best sangat!. kami p masuk celah sawah mna tak tau. kat dalam parit lagi. busuk pun busuk laa asalkan dapat gak pengalaman mencari siput. balik umah, cik syida p upload pulak gambaq-gambaq tu kat facebook. memang jadi artis laa kami! semua pakat tanya cari tang mana.hahhaha..esok esok abis pupus la siput-siput tu , naseb kami dah lepas :D 


ade sorangg pakcik ni tengah mengail ikan. elok kami sampai dia tolong cari siput sekali. terbaekkk :D


sekali kaut memang banyak gila! just kena kelaskan je. takut terambil siput gondang. bahaya katanya..ada racun ke ape ntah..hehe..

click untuk tumbesaran

so inilah hasil kami. siput paip tu dh bagi separuh kat budak lelaki budak kelas. upah sebab bagi pinjam rod pancing. tapi hampeh tak dapat ikan pun. hehehe.

yang kiri sekali tu bukan kepah taw. tu namanya siput kedaya. haaa pelik tak? tu la pelik jugak. aku tau tu pun pakcik tu yang habaq. 

yang tengah dan kanan sekali tu adalah siput paip. siput ni kena rendam dulu. bak kata cik syu, bagi dia muntah dulu. means, bia keluar dulu kotoran-kotoran(lumpur) dia. so nanti bila dah masak takdela terrmakan lumpur :)

okay itu saje. byeeee !!

* dah boleh la action action depan puan ibu. puan ibu selalu cakap kitorang rugi sebab tak dapat merasa tangkap ikan kat sawah. sekarang aku dah ade pengalaman ni, boleh cerita 7 keturunan laa ape lagi! hwahwahwa!! 

2 comments:

Diayana amirah said...

Eh2, kita baru nak post pasal benda ni jugak. hahahaha

izzatizamburi :) said...

ahahaha takpe2..same entry pon boleh! :DD