Thursday, May 31, 2012

aku benci orang yang tak pegang pada janji !

dulu masa kau perlukan aku, aku punya berusaha tak nak buat kau down!
sekarang bila kau dah ada kat atas, kau tinggalkan aku terkontang-kanting macam orang bodoh!


dulu punya janji manis, semua benda nak buat bersama.
dalam diam rupanya kau jalan sorang diri. ada kau tanya aku ?
HARAMMM.


aku tak tahu kenapa tapi aku jadi benci dengan perangai kau!


*aku sangat emosi sekarang.tolong maafkan aku sebab mengeluarkan kata kata kesat macam nie :(

Wednesday, May 30, 2012

wordless wednesday *4*

assalamualaikum




I miss my little me.


I miss it when i want something and i beg for it 'till i cry 
I miss when my mom used to ask me EVERY-day how's my school
I miss when my heart owned by my parents and God only not someone
I miss when i can sleep earlier 
I miss when i got a smart brain 
I miss my good memory
I miss my baby face
I miss my white skin
I miss my dresses
I miss my baby shoes 
I miss my kindergarten school
I miss my kindergarten teacher
I miss my oldies friends


:)

*seriously it's not that wordless actually. HAHA

Tuesday, May 29, 2012

baru aku faham erti fobia sebenar.


assalamualaikum.

aku. yes aku ada semacam jenis penyakit dalam diri.
iaitu fobia.
aku sangat fobia dengan .. ?


peningkatan suhu kereta

sebelum aku tahu kesan peningkatan suhu kereta ketika memandu, aku memang seorang yang sangat relax. bawak kereta tengah panas? ape ade hal.

alkisah suatu hari, aku berjimba dengan sepupu sepupu serta adik adik tambahan pula seorang kakak.
dari kampung di kuala kubu ke selayang mall. tak jauh pun kan?
memang, memang tak jauh tapi nak dijadikan cerita, masa on-the-way balik rumah, jalan jem.
tak cukup dengan jem, hujan renyai renyai plak kat luar. aku sebagai pemandu berhemah berlagak cool. sampai satu masa ...

"Dik, temperature naik!" kakak aku yang jadi co-pilot sambil menggelabah tunjuk kat tempat meter kereta.
GILA! memang temperature naik tahap lebih H. aku dah menggelabah.

"Okay okay, relax. aku tutup air-cond ea? bukak tingkap sikit" aku memberi arahan kepada penumpang engan tenang padahal dalam hati memang dah cuak. bukan cuak ape, takut kereta tak boleh gerak tengah tengah jem tu. tak ke malu? hahaha.

sesampainya aku kat rumah, maka jadilah aku si pencerita kepada mak usu. 

respon mak usu : habis air la tu ..
aku : *tenang*

esoknya, lepas ibu balik dari kursus, aku cerita semula kat ibu.

respon ibu : hah?? ya allah!!!ko tahu tak bahaya? nasib baik tak meletup kereta tu. kenapa tak check air kereta dulu sebelum keluar? ko ni pandai- pandai je, kalau ape ape jadi macam mana?
aku : apa yang bahayanya?
ibu : dulu ibu pergi Kelantan, satu kereta meletup sebab temperature kereta naik. habis satu family meninggal dunia.
aku : *whoooooooooooooooooaaa sumpah aku cuak*


sejak dari tu la aku mula rasa panik yang sangat melampau bila kereta yang aku pandu mengalami peningkatan suhu. serius aku tak buat lawak. aku sangat takut.

pernah sekali tu aku nak hangout ke Penang dengan housemates, tup tup temperature kereta naik. muka aku paling cuak dan rasa dah takde harapan nak hidup. hu hu hu hu :(

AND the worst part is ...

tadi ! aku pergi jalan dengan adik besar n adik kecil tiba tiba temperature kereta naik lagi! disebabkan dah dekat dengan TESCO, 3 botol besar air mineral aku beli nak tambah air kereta. wuuuuu cuak sehhh!


so guys, tolong la jangan main main dengan aku pasal suhu kereta ni. aku memang tak boleh nak respon dengan gelak tawa! demi allah aku sangat takut.


Monday, May 28, 2012

mr.holiday begins :)


assalamualaikum

baru sekarang ada masa nak update blog. best sangaaaat dah habis exam and here you go!

cuti untuk 3 minggu. it's time to be a body-builder! bhaahahahha!

okay guys, happy hols! enjoy your days everyone! :D

Thursday, May 17, 2012

musim exam sama dengan musim HACKER


assalamualaikum.

minggu exam aku kali nie dipenuhi dengan ragam hacker hacker yang baru sekarang dikenalpasti punyai bakat terpendam. oh yeaaah!

pantang tinggal facebook sekejap tak ber'log-out', tak sampai 5 minit, hacker sudah mula beroperasi.
oh yeaaaah! padan muka. barang sendiri kena la pandai jaga. haha

lepas ni kalau status facebook aku dok puji diri sendiri, tolong jangan kata apa, itu PASTI hacker punya kerja!

senang la nak masuk bakul angkat sendiri lepas ni, dengan syarat tulis 'hacker***' kat bawah tu. hakhakhak..oh yeaaahh? MEMANG TAK LAA aku nak buat macam tu. banyak lagi kerja..huhu

*kalau aku cakap entry kali ni ditulis oleh hacker jugak, ampa caya dak?hekhekhekkk ^^

Sunday, May 13, 2012

debaran kian terasa


takutnyaaaaaaaaa nak exam!huh~

EDU 3104 
tolong jangan buat hal. tolong la sediakan soalan yang senang je. tolonglahhhhhh.



motif ?? 

semoga semua pelajar IPG berjayaaa :)

Tuesday, May 08, 2012

somebody that i used to know.


aku pernah jadi kepentingan someone.

aku pernah jadi admin facebook someone.

aku pernah jadi penghibur someone.

but, people change you know?

lagu Adele, Someone Like You? ouh tidak.

Somebody That I Used To Know is better.

Anyone who limits her vision to memories of yesterday is already dead.

well said. 

semoga kita samasama happy dengan apa yang kita sendiri pilih. ohaiyogozaimasss! ;)




Monday, May 07, 2012

exam

please take note.


14 mei (isnin) - 2.30 ptg - EDU 3104
16 mei (rabu) - 2.30 ptg - PKP3106
22 mei (selasa) - 8.30 pg - PKP 3105
23 mei (rabu) - 8.30 pg - BMM 3117
24 mei (khamis) 8.30 pg - MTE 3102

study study study !!

Sunday, May 06, 2012

MAY


hai assalamualaikum.

hai everybody.

hai. it's MAY ! wishing you a veryyyyyyy great MAY in 2012 ;)

schedules of MAY

1) my 'Labour Day'
2) my Mommy Day
3) my small sista 14th birthday
4) my war dayyyy ! *exam..huhhhh~

sekarang tengah study week. harapan dan impian ingin study sepenuh masa. tapi tu la kan. 
-___-



woot woot! ape tuh ?
ouh, Labour Day present ;)