Tuesday, May 29, 2012

baru aku faham erti fobia sebenar.


assalamualaikum.

aku. yes aku ada semacam jenis penyakit dalam diri.
iaitu fobia.
aku sangat fobia dengan .. ?


peningkatan suhu kereta

sebelum aku tahu kesan peningkatan suhu kereta ketika memandu, aku memang seorang yang sangat relax. bawak kereta tengah panas? ape ade hal.

alkisah suatu hari, aku berjimba dengan sepupu sepupu serta adik adik tambahan pula seorang kakak.
dari kampung di kuala kubu ke selayang mall. tak jauh pun kan?
memang, memang tak jauh tapi nak dijadikan cerita, masa on-the-way balik rumah, jalan jem.
tak cukup dengan jem, hujan renyai renyai plak kat luar. aku sebagai pemandu berhemah berlagak cool. sampai satu masa ...

"Dik, temperature naik!" kakak aku yang jadi co-pilot sambil menggelabah tunjuk kat tempat meter kereta.
GILA! memang temperature naik tahap lebih H. aku dah menggelabah.

"Okay okay, relax. aku tutup air-cond ea? bukak tingkap sikit" aku memberi arahan kepada penumpang engan tenang padahal dalam hati memang dah cuak. bukan cuak ape, takut kereta tak boleh gerak tengah tengah jem tu. tak ke malu? hahaha.

sesampainya aku kat rumah, maka jadilah aku si pencerita kepada mak usu. 

respon mak usu : habis air la tu ..
aku : *tenang*

esoknya, lepas ibu balik dari kursus, aku cerita semula kat ibu.

respon ibu : hah?? ya allah!!!ko tahu tak bahaya? nasib baik tak meletup kereta tu. kenapa tak check air kereta dulu sebelum keluar? ko ni pandai- pandai je, kalau ape ape jadi macam mana?
aku : apa yang bahayanya?
ibu : dulu ibu pergi Kelantan, satu kereta meletup sebab temperature kereta naik. habis satu family meninggal dunia.
aku : *whoooooooooooooooooaaa sumpah aku cuak*


sejak dari tu la aku mula rasa panik yang sangat melampau bila kereta yang aku pandu mengalami peningkatan suhu. serius aku tak buat lawak. aku sangat takut.

pernah sekali tu aku nak hangout ke Penang dengan housemates, tup tup temperature kereta naik. muka aku paling cuak dan rasa dah takde harapan nak hidup. hu hu hu hu :(

AND the worst part is ...

tadi ! aku pergi jalan dengan adik besar n adik kecil tiba tiba temperature kereta naik lagi! disebabkan dah dekat dengan TESCO, 3 botol besar air mineral aku beli nak tambah air kereta. wuuuuu cuak sehhh!


so guys, tolong la jangan main main dengan aku pasal suhu kereta ni. aku memang tak boleh nak respon dengan gelak tawa! demi allah aku sangat takut.


2 comments:

Nur Iradah AzAmi said...

kalau temp kereta selalu naek, there's something wrong with the car. kau pegi la hantar bengkel suh die tengok ape problem. memang bahaya pun.. huish, aku pulak cuak bace cerita kau. huhu

izzatizamburi :) said...

kan? mmg pun. ibu aku ckp maybe fan dy xjalan sbb bile check air ok je :)
thx 4 ur concern..hihi