Tuesday, June 04, 2013

Keluhan...

Assalamualaikum wbt..

ya aku tahu, keluhan itu tak baik.
orang yang mengeluh seumpama tidak bersyukur.
tapi kali ni aku tersangatlah mahu mengeluh.

Pertama, aku nak mengeluh sebab kemalasan aku yang berada pada tahap melampau untuk mengupdate belog, padahal nak diikutkan berguni-guni cerita yang aku nak tuliskan dan simpan rapi-rapi dalam belog ini.
Tah ape nak jadi, bukan suruh guna mesin taip. laptop pun malas bhaiiii..ini kes parah!

Kedua, aku nak mengeluh disebabkan salah aku sendiri. aku terasa saaaaaaaangat tak puas hati dengan 2 paper yang aku jawab masa exam lepas. Demi Allah, memang aku tak confident dan aku just boleh harap lecturer berlembut  hati dan bermood baik masa tanda paper aku tu. Amiiin.. tu laa, bagi masa study week, tah ape yang aku merapu. sekarang bar nak menyesal. Lumrah Kehidupan...

Ketiga, keluhan yang aku sendiri naik muak nak dengar walaupun aku sendiri yang suka cakap. tentang ? semestinyaaa isu diet yang tak pernah sempurna. elok nak stabil berdiet kat hostel, dah cuti pulak. bila cuti duduk rumah, naaaaaaaaaaaaaah..paham-paham jela.. sadis sadis..cuba lagi ozie, cuba lagi!peduli la orang nak cakap apa..badan kita lain-lain. ada yang cepat turun, ada yang cepat naik, ada yang lambat turun, ada yang tak naik-naik, ada yang senang maintain daaaaaaan ada yang sehari je dah boleh naik 2 kilo. aku la tu!bhahahha :D

Keempat, isu yang paling aku tak suka and sometimes aku jadi down down down :'(
Tahu apa? isu Jaminan Guru Pelatih IPG Dihapuskan..mana taknye, hampir 5 tahun setengah aku belajar di IPG, dari terkangkang-kangkang jalan budak sekolah sekarang dah boleh jalan ayu gaya cikgu tiba-tiba keluar statement nih. perghhhh, hilang arah jugak aku mula-mula baca. katanya, nak cari guru yang betul-betul berkualiti. satu benda yang aku nak tanya,

Boleh tak pihak tertentu senaraikan kualiti yang dimaksudkan?

aku tak faham kenapa keputusan macam ni boleh diputuskan........


sedih ok, sedih bila fikirkan keluhan yang keempat tu. tak tahu apa kesudahan nasib aku nanti..ni, semangat pendidik yang membara dalam diri aku ni, siapa nak jawabbbbb?? haihhh!

takpelaa, rezeki ada di mana-mana. insyaAllah. semoga Allah tingkatkan keimanan dan kesabaran buat aku. cukup la aku mengeluh hari ini. semoga tiada lagi keluhan pada masa akan datang. Amiiin Ya Rabb!





No comments: