Thursday, June 06, 2013

Saya? Tunangan Orang? hik3 ^_^


Assalamualaikum..

sesungguhnya cerita ini lagi best daripada pergi bercuti semasa cuti sekolah!
takpe, tak payah berholiday pun.. dah cukup membahagiakan mak jemah. muahaha..


Ciri-ciri Encik tunang saya
* semestinya lebih tinggi.
* mukanya? sedap mata memandang :)
* Family? adik beradiknya merestui hubungan kami. alhamdulillahhhhh !

Cerita Pertunangan
* tema warna pink cair :D
* dihadiri saudara-mara dan kawan-kawan.
* lepas doa selamat, hold on proses sarung cincin sebab ? aku pergi cuci kuku, kuku ada kuning2 kunyit lepas goreng ikan masa lunch. hahaha. so, sarung cincin lepas zohor di masjid berhampiran.

Konflik hari Pertunangan
* ayah encik tunang buat hal ! dapat tahu menggatal dengan perempuan lain. kesian bakal ibu mertua aku. kih3
* Baju bakal ibu mertua dijahit tak betul. habis mengamuk beliau dekat tailor tu. ish3..
* bergaduh manja dengan encik tunang. dia cakap kereta senget sebelah masa nak hantar aku pergi masjid berhampiran. kurang asam punya encik tunangggg ! aku terus merajuk, ugut tak payah sarung cincin kalau tak boleh terima aku seadanya ! kah3, galaksss.


cerita habis kat situ je. aku terbangun dari tidur petang!
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM... INI SEMUA POYOOO! SYAITON SYAITON ....

mula-mula bangun tidur rasa syok jugak dengan mimpi tu. tiba-tiba teringat satu quote yang aku penah share kat facebook. berbunyi begini ..

'' SURUH KAWEN AWAL TERAMTLAH DISUKAI,  SURUH SOLAT AWAL MACAM-MACAM ALASAN PULA DIBERI "

nahhhh, tepat batu besar atas kepala!hasshasshass padan muka! tapi memang betul pun, aku kasi 10000 likes untuk quotation ni :)


okay u guysss, till then. bubyee assalamualaikummmm :)

No comments: