Tuesday, April 21, 2015

Rezeki













Assalamualaikum wbt..lately ni banyak sangat benda jadi pastu dan dan tu rasa nak update blog tapi biase lah, tengah kat luar lah, internet problem lah, laptop takde battery lah, macam macam lah.Tapi hari ni dapat jugak bukak laptop walaupun banyak kerja rumah tak buat lagi.hihi

Well, pagi ni tengok Malaysia Hari Ini semata-mata nak tengok slot kedua akhir.Perbualan Khas bersama Penerima Anugerah Menteri Pendidikan 2014 which is someone yang aku kenal,rakan sedorm dan sesekolah masa tingkatan dulu. time time camni la baru nak ngaku kawan ye dokk?kah!ermm, takdelah..tapi memang betul kan?bila kita kenal dengan seseorang tu,keluar pulak kat tv, apalagi. semangat villagepeople tu terus membuak-buak nak tengok tv. padahal kalau selalu tu, jam 7 pagi, kau sambung berseronok berselubung selimut sampai ke kepala (lepas solat Subuh la).

Okay lah. So, lepas tengok slot temubual tu, terus terdetik dalam hati

"Tak sangka sekarang dia dah berjaya macam ni. padahal dulu bla bla bla.."

Biaselah, manusia kan. Terus rasa menyesal sebab tak belajar betul-betul masa study dulu, menyesal tak ambil peluang yang ada kat ipg dulu. Tapi bila fikir-fikir balik, aku tak letakkan 100% salah tu atas bahu aku, Ya mungkin dalam 90% memang salah aku sebab tak belajar betul-betul untuk dapat cgpa 3.8 ke atas. tapi secara peribadi,tetap aku salahkan beberapa pihak masa aku study dlu. Dan aku sangat yakin, peluang pelajar ipg untuk bergiat aktif dalam aktiviti luar sama sekali tak semudah pelajar universiti. Sebabnya, dana dan peruntukan yang disediakan. Hanya pelajar yang betul-betul perform akan ditaja, tu pun entah. Aku ingat lagi, masa sem 6 kalau tak silap. Lecturer tanya tentang cgpa setiap pelajar. Then dia boleh cakap "okay, tulis nama bagi sesiapa yang cgpa 3.8 ke atas sebab kami ada satu program untuk kamu. kami akan jaga kamu betul-betul dan pastikan kamu dapat maintain cgpa sehingga kamu grad"...sebagai pelajar yang cgpa kurang dari 3.80, korang rasa ape perasaan aku dan kawan lain yang tak tersenarai tu?Jatuh terduduk weh, rasa macam sampah.betapa kami tak dihargai dan takde langsung kata semangat. kot la nak cakap "yang bawah 3.80, kamu jangan risau.kamu cuba naikkan cgpa kamu, kami akan serap kamu masuk ke program ni" TAPI..tak pun. langsung!

Tapi takpelah, kalau nak marah sekarang pun, bukan nak jadi ape pun.aku pun dh habis belajar. dan lepas aku tengok cara kawan aku bercakap dalam tv tadi, terus rasa kagum dengan dia. and aku sentiasa ingat kata-kata "No matter how hard the past, you can always begin again". Maybe aku dah terlambat untuk jadi Pelajar Terbaik but aku masih boleh jadi The Best Teacher in the future whattt =D

So, sekarang aku rasa aku dah dapat semangat baru, Ok, start planning.bye!

1 comment:

Cikgu Tinggi said...

dan part yg paling best cgpa tinggi xposting awal... kan2. Mungkin lect2 xnampak dan rasa apa yg plajar rasa. Jdi sapa lg yg nak betulkan keadaan kalau bukan anda2 yg terasa pedihny.. sakitny tuh disini=_= #RevegeOfUltrons